Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tiada hasrat menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Hadi dilapor berkata, calon untuk menjadi perdana menteri mestilah memenuhi dua kriteria, iaitu seorang Islam dan mendapat sokongan majoriti rakyat.
Atas dasar itu, tambahnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang layak mengisi jawatan itu.
Tiba-tiba teringat "tukanglawan" pada apa yang pernah dibicarakan oleh Tuan Guru Nik Aziz dulu, benarlah seperti apa yang pernah dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz bahawa Anwar lulus menempuhi pelbagai ujian dizikan dan juga telah lulus segi moral.
Jika tidak begitu, tidak mungkin seorang pemimpin islam yang disegani mahu bercakap sebarangan.
Jika tidak begitu, tidak mungkin seorang pemimpin islam yang disegani mahu bercakap sebarangan.
“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.
“Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11 yang lalu
Jika di negara India kita ada Mahatma Ghandi, kita ada Nelson Mandela di Afrika selatan, dan rakyat Malaysia ada Anwar Ibrahim, mereka ini bekas banduan politik yang dipenjara pemerintah kerana kebangkitan yang mereka cetus...
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.