Gempar !!! Balasubramaniam Dedah Bukti Usaha Fitnah Anwar

| comments (2)

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam yang melarikan diri ke India sebelum ini membongkar rahsia tentang usaha jahat memfitnah Anwar ibrahim.
Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.

Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh jika bersetuju melakukan apa yang diminta.

Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak itu, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya.

Dalam masa yang sama , blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.

Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.
Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek,” kata Suresh kepada Bala.

berkata sebagai balasan dengan ganjaran yang diberikan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan dan memfitnah Anwar sekali lagi dengan menyatakan Anwar telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.

Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.

Anggota polis yang dikenali sebagai Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva,

Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.

Siapa ahli perniagaan bernama deepak itu, dan siapa pula anggota Polis bernama suresh yang beria-ia mahu melakukan fitnah kotor terhadap Anwar Ibrahim? , apa kaitan mereka dengan akuan bersumpah bala melibatkan najib dengan kes Altantuya?

Semua akan terbongkar bila umno sudah hilang kuasa, kita cari jawapan hingga lubang cacing



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
3 Ogos 2012 pada 5:15 PG

Bala seorang yang tiada pendirian.
Asyik bertukar ha;uan.
Macam lalang.
Tak percaya...

3 Ogos 2012 pada 8:49 PG

@Tanpa Nama dalam keadaan ditekan penguasa rakus... muslihat adalah jalan terbaik ....

Jadi bijak.. bukan macam penulis lirik lagu janji dicapati..

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit