Calon MB Umno Harus Disiasat Rasuah

| comments (1)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa memecat Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa dan terlibat rasuah.

Ia berikutan pendedahan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan isu dua cek bernilai RM30,000 dan RM50,000 yang diberikan oleh syarikat yang mahu melanjutkan kontrak penyelenggaraan untuk JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu kepada Awang Adek.

Kami mendesak Datuk Seri Najib memecat Awang Adek dengan segera kerana didapati terlibat dengan skandal penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kami juga mencabar Awang Adek supaya membuktikan segala dokumen yang kami dedahkan ini adalah palsu jika benar beliau tidak melakukannya,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, semalam.

Menurut Nik Mohd, cek tersebut telah diberikan oleh Advance Maintenance Precision Management (AMPM) Sdn Bhd kepada Awang Adek sebagai bayaran dan ganjaran untuk melanjutkan kontrak pengurusan dua bangunan tersebut dari lima tahun hingga 10 tahun.

Surat permohonan tersebut yang bertarikh 6 Disember 2010 disertakan dengan lampiran dua keping cek dari AMPM pada tarikh yang sama kepada Awang Adek,” katanya.

Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizin Ahmad Kamil pula menambah, terdapat beberapa keraguan di dalam urusan lanjutan kontrak itu.

Kami yakin terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewengan berhubung kontrak lanjutan dan dua keping cek tersebut.

Oleh yang demikian, kami mendesak Awang Adek segera menjawab berhubung pendedahan ini dan tidak terus berdiam diri.

Awang Adek selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputra merangkap Timbalan Menteri Kewangan tidak seharusnya menerima cek ini sebagai ganjaran untuk melanjutkan kontrak syarikat tersebut, menerima cek ini adalah satu kesalahan rasuah dan menyalahi undang-undang negara,” tegas beliau.

Awang Adek sebelum ini seperti yang telah didedahkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam salah laku semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

"tukanglawan" fikir najib takkan berani pecat atau siasat awang adek, sedangakan kes ratus juta sharizat pun najib cuba buat tak kisah, inilah bukti janji dicapati"


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
2 Ogos 2012 pada 11:05 PG

kalaulah kesemua calon bn/umno/apco disiasat sebelum pemcalonan pru13, alamatnya pakatan rakyat menang tak bertandinglah.sekarang yb yang ada pun tak ada satu pun yang bersih.

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit