Berita Baik Dari Sabah

| comments

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, lebih banyak berita baik akan datang dari Sabah pada pemergian beliau ke negeri itu minggu hadapan.
Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik dan kita kena bersedia,” katanya ringkas kepada pemberita pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini hari ini.

Hujung minggu lalu, Ahli Parlimen BN, Lajim Ukin (Beaufort) dan Wilfred Bumburing (Tuaran) meletakkan jawatan dalam parti.

Lajim adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009 hingga 2011, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Pengerusi BN Beaufort, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

Wilfred pula merupakan Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Manah Merdeka, Pengerusi BN Tuaran dan pernah sertai parti Pertubuhan Kebangasaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kedua-dua mereka menyertai Pakatan Rakyat dengan disaksikan  Anwar pada majlis pelancaran kedua-dua penubuhan tersebut di Sabah, masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu.

Tukanglawan dah suarakan perkara ni dalam Tweeter sebelum nei, tapi puak umno tidak dapat terima dan kata tukanglawan berbohong.... kita tunggu kerana sudah ramai yang mahu melompat dari kapal yang semakin karam tu.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit