Dari Felda ke FGVH, lagi satu KUB dalam pembikinan? — oleh Sakmongkol AK47
Agak lama saya tidak menulis mengenai FGVH dan Felda. Masa rehat ini, membolehkan saya menghalusi fikiran keatas isiu Felda. Tidak menulis , tidak bererti sudah lupa. Jauh di mata, dekat di hati.
Apa yang sebenarnya sudah terjadi?
Harga saham FGVH nampak konstan pada tahap RM5.35-5.50. Paling akhir, harga saham ditutup pada harga RM5.20. (5.03 jam 4 petang tadi ) Ianya sudah menunjukkan pola menurun harga. Lama kelamaan FGVH jadi macam KUB.
Orang Umno ingatkah lagi KUB? Orang Melayu ingatkah lagi KUB? Ianya sudah kaput! Inilah nasib yang akan menanti FGVH.
Pada harga RM5.20 premium saham ini ialah sekitar 65 sen- 70 sen. Adakah ini bagus? Ia hanya bagus kepada mereka yang mempunyai jumlah saham ratusan ribu dan juta juta.
Yang ada 5,000,000 dapat untung bila dijual sebanyak RM3 juta. Yang lebih jumlah saham lagi untung besar. Orang bukan Felda dapat juta juta, peneroka dapat auta.
Kepada peneroka bagus atau tidak? Pandangan saya kepada perkara ini masih tetap. Kalau peneroka yang diutamakan, maka berikan semua kepada peneroka Felda. Kalau peneroka diutamakan, Felda Holdings patut mengambil alih FGVH dan kekalkan perniagaan ini dalam tangan Felda 100 peratus.
Biarkan orang-orang yang tidak ada kena mengena dengan Felda membeli saham FGVH setelah ianya di jual oleh peneroka. Atau pun paling tidak, sesuai dengan diskrimanasi positif, berikan 30 peratus kepada peneroka.
Mengapa hanya 5.5 peratus dari jumlah saham yang di terbitkan? Bolehkah 5.5 peratus dibaca sebagai “mengutamakan” Felda.
Ianya lebih tepat dilihat sebagai diutamakan untuk disembelih dan dikorbankan.
Jelas sekali ianya baik untuk yang ada duit yang membeli banyak unit dan baik kepada konco-konco Umno yang di beri banyak unit.
Kepada penerima 810 unit saham, mereka akan hanya dapat RM526. Setelah di tolak fee pinjaman RM200, maka tinggallah RM326.
Bukan peneroka dapat juta-juta, peneroka dapat sisa-sisa. Peneroka dapat RM15,000 rasuah pendahuluan dan RM326 pemberian sisa-sisa.
Kalau tunggu lama-lama, harga jatuh dan nanti lagi teruklah peneroka Felda yang akhirnya mendapat durian yang mengkal.
Dengan langkah yang “menggumbirakan” hati rakyat, populatiti Najib Razak merudum? Mustahil dan ajaib. Tidak mustahil dan tidak ajaib kerana semua orang tahu, Najib hanya berlakon.
Jangan tunggu lama-lama, nanti di kebas orang! Demikianlah nasib peneoka Felda di hari mendatang. Di tipu hidup-hidup oleh pengambil kesempatan.
Sekoyong koyong dengan pengapungan ini, kerajaan yang dikuasai Umno menjadikan ramai jutawan segera. Bolehlah mereka beli rumah dan kondominum berjiran dengan lembu-lembu yang mendiami 1 Menerung di Bangsar. Atau mereka boleh setiap hari dibulan Puasa ini berbuka di Meatworks restoren daging bakar milik keluarga Shahrizat Abdul Jalil.
Adakah ini adil untuk peneroka yang di atas nama mereka Felda diwujudkan dan dijadikan sumber kekayaan orang yang bukan peneroka? Sebab itu saya katakan pengapungan FGVH ini adalah suatu tindakan yang tidak berhati perut atau unconscionable.
Kemudian, cuba kita fikir mengapa harga saham RM5.20-5.35? Kenapa tidak lagi terus ke RM6? Apa yang berlaku ialah ramai yang jual saham menyebabkan harga saham jatuh kearah RM5.
Maka bergegaslah kerajaan Najib mengarahkan pengurus dana dari GLC kerajaan membeli saham dari pasaran untuk price support.
Tapi berapa lama boleh mereka bertahan? GLC menggunakan dana milik awam untuk menyokong harga keparas yang artifisial. Ini bererti setiap hari, semakin banyak sumber kewangan akan di komit kepada menyokong harga saham FGVH.
Jika ini berterusan, semata mata untuk tujuan politik, cara Najib mengurus ekonomi negara akan membengkrapkan negara kita.
Bagus ke untuk Felda? Tidak disedari oleh rakyat, Kerajaan Najib perlahan lahan menjual harta benda rakyat untuk mengumpul dana politik. Felda adalah milik kerajaan. Dengan melakukan penyenaraian, apa yang sebenarnya berlaku?
Selepas pengapungan, kerajaan punya kepentingan tinggal 40 peratus. Bererti 60 peratus sudah di jual. Ini sebetulnya pemindahan harta milik rakyat kedalam tangan individu dan syarikat-syarikat dana yang ada kaitan dengan Umno.
Inilah dia proses “piratization”. Sebab itu saya kata Umno ini akan terus merompak dan melanun khazanah negara.
Penyenaraian Felda sebetulnya penganiayaan kepada peneroka dan kepada idea memerdekakan pemikiran peneroka.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.