Hisyam Keris Dimalukan di Mahkamah.

| comments

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Tengok, menteri dalam negeri pun tak tahu satu pertubuhan itu sah atau tak sah,  apa lagi puak umno yang diupah untuk menyerang dan memfitnah kat internet ni, lagi la tak tau apa benda, ikut je cakap bos.. bos cakap halal.. dia jawab halal.. bos cakap 5000 je datang.. dia puncanang 5000 je datang himpunan bersih...

Boss kata lembu NFC hensem dia kata lembu NFC hensem, dia cakap Panda datang dari Brazil.. diorang pun percaya. Kah.kah..kah..


P/S orang umno je percaya negeri selangor ni tak cukup air.. kah..kah..kah

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit