Kalau Betullah apa yang disiarkan oleh sebuah laman portal berita bahawa ada cadangan untuk menyalurkan sejumlah RM1.5 juta lagi kepada setiap kawasan Parlimen BN bagi tujuan memenangi kerusi parlimen dalam PRU13 nanti, ianya sesuatu yang cukup ajaib.
Bayangkan kita ada 222 kerusi parlimen di negara ini, kalau didarabkan dengan RM1.5 juta, maka sejumlah RM333 juta diperlukan, itu belum lagi kos BN pusat, belum lagi untuk Adun. kaya betul najib.
Maka, betullah kata Anwar Ibrahim bahawa menunjukkan Perdana najib Razak terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. kah..kah..kah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulu merupakan BOSS najib berkata, keputusan untuk membuat pembiayaan itu dengan terang-terangan mengabaikan peraturan kewangan, kita kene ingat balik, masa Anwar jadi Menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu, najib tu sapa?, budak Anwar je.
Kita je kadang-kadang lupa benda tu, tapi najib tetap ingat Anwar itu Bossnya, sebab itu najib sampai hari ini masih bisu dan ketakutan untuk jawab cabaran debat.
Berbalik pada apa yang disiarkan portal The Malaysian Insider bahawa, ahli parlimen BN dijangka menerima jumlah itu ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya umum ke-13 selepas pengumuman Belanjawan 2013 pada 28 September depan timbul satu persoalan.
Dari mana Najib dapat duit banyak-banyak ni, tabur sana sini tapi tak abis-abis lagi duit?, jangan sebab duit yang ditaburkan itu malaysia akan jadi bangkrup seperti Greece, Almaklumlah seperti yang kita tahu, Ekonomi negara takla memberangsangkan jika nak bandingkan dengan negara jiran, Indonesia dan Thai contohnya.
Sudahnya Malaysia lingkup sebab kerja BN , Pakatan Rakyat yang terpaksa betulkan keadaan, takkan nak tunggu negara bangkrup baru kita nak tukar kerajaan. masa tu pemimpin umno dah cabut duduk luar negara pun.
Time tu memang "tukanglawan" ketuk-ketuk kepala pencacai umno yang bodoh susah diajar.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.