Siang tadi melalui pesanan text, "tukanglawan" mendapat berita yang menyedihkan.
Saudara Amir Blogger D'Perbatasan (link Blog Arwah) yang sudah seminggu terlantar di Wad ICU, Hospital Seberang Jaya kerana menghidap sakit jantung telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Beliau yang dikatakan mengidap sakit jantung dari kecil kembali kepada penciptanya dengan meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.
Tadi sebelum menulis artikel ini, sempat "tukanglawan" menziarahi laman blog beliau, melihat artikel teakhirnya berkenaan debat rafizi vs Khairi, dan terfikir tukanglawan, mungkin selepas ini blog tersebut akan sunyi selama-lamanya.
Kita telah kehilangan seorang sahabat seperjuangan yang juga seorang penulis yang bagus, menyedari risiko besar yang terpaksa diambil dalam menyampaikan berita yang dianggap bertentangan dengan kerajaan sedia ada, namun kerana mahu melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang lebih baik, beliau sanggup hadapi semua risiko, walaupun kebanyakkan blogger pakatan ini tidak mendapat apa-apa imbuhan dalam menyampaikan informasi kepada rakyat diluar sana.
Tak apalah, Allah menyayangi beliau lebih dari kita semua, walaupun harapan melihat negara ini ditadbir oleh kerajaan yang lebih baik tidak kesampaian semasa hidupnya, kita harus teruskan impian Arwah.
Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman, Al-Fatihah sahabatku....
"Saya mungkin diantara jutaan rakyat negara ini yang pernah berharap dapat melihat Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia satu ketika dahulu.
Sayangnya kita kerana tidak berkesempatan untuk melihat senario sebegitu, Pemimpin yang kental dengan prinsipnya ini merupakan idola saya dulu, kini dan selamanya, Saya tidak pernah sedikit pun percaya dengan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Dato Seri Anwar selama ini.
Kini bermula satu lagi Kes Liwat ke:2 Bagi saya ianya tidak lebih dari strategi politik musuh-musuh beliau." - Amir D'perbatasan
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.