( Wajib Baca) SPR Menipu lagi, Nenek 159 Tahun dijumpai, 7 Fakta lawak

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Gempar, malaysia ada warga emas paling tua dalam dunia, nenek Wong Kwan Moy, lahir pada 23 Ogos 1853, nenek ini yang kini menetap di jalan ayer Penuh, setiawangsa , Kuala Lumpur, merupakan orang paling istimewa yang "tukanglawan" ketahui.

Sebelum ini rekod manusia paling tua adalah seorang warga amerika syarikat yang bernama Besse Cooper berumur 115 tahun, walaubagaimana pun mengikut daftar pemilih  nenek wong adalah lebih tua dari Bess Cooper, nenek wong berumur 159 tahun.

Baca fakta ini, 7 keajiban nenek Wong.

1- Besse Cooper berumur 115 tahun dari Amerika Syarikat diiktiraf sebagai manusia paling tua di dunia oleh Guiness World Book Of Recor, tapi hakikatnya kita perlu berbangga kerana manusia paling tua tinggal di Kuala Lumpu, bukan di Amerika Syarikat

2- Nenek Wong berumur lebih 100 tahun apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957,

3- Nenek ini lebih tua dari Mustafa kamala (nathan) artartuk, beliau lahir pada 1853 manakala mustafa kamal artartuk pula lahir pada 19 mei 1881, setelah 74 tahun mustafa kamal artartuk mati iaitu pada tahun 1938, nenek ini masih dipanjangkan usianya.

4- Beza umur nenek ini dengan Samsiah Fakeh ialah 71 tahun, ini berdasarkan catatan bahawa samsiah fakeh dilahirkan pada tahun 1924, manakala nenek ini pada tahun 1924 sudah sama usia dengan "moyang" samsiah fakeh, (ini berdasarkan rata-rata orang zaman itu berkahwin dalam usia muda)

5- Mengikut cacatan sejarah, Tok janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas dilahirkan 3 tahun lebih awal dari Nenek Wong, ini bermakna mereka lebih kurang sama usianya, jadi pasti nenek Wong boleh digazetkan sebagai penyimpan sejarah, kerana beliau hidup sezaman dengan zaman kebangkitan pahlawan melayu menentang penjajah ( err malaysia dijajah ke?)

6- Nenek wong berumur 86 tahun bila perang dunia ke-2 bermula di benua eropah pada 3 september 1939, setahun kemudian kerajaan siam menandatangani perjanjian dengan jepun pada 1940 bagi membolehkan jepun mara ke tanah melayu, nenek ini pasti ingat peristiwa itu.

7- Pada Usia 92 tahun iaitu tahun 1945, sebuah pesawat pengebom yang dikendali Paul w. Tibbets yang diberinama "Enola Gay" tela menggugurkan Bom atom ke atas hirosyima, radiasi dari negara matahari terbit itu telah terkena sedikit pada nenek ini, lalu nenek ini menjadi mutasi dan masih hidup sehingga kini.perkara itu berlaku 67 tahun lepas.

Jadi Pendapat "tukanglawan' tidak salah jika Nenek ini "KERAjaan Malaysia " cari dan beri penghargaan negara, kerana nenek ini khazanah, penyimpan semua fakta sejarah, kerana nenek ini satu-satunya dipercayai manusia yang telah menempuh banyak zaman, zaman kesultanan melayu, zaman penjajahan british, perang dunia ke 2, jepun menyerang, british lagi, kemudia komunis , pasca merdeka, pasca lepas merdeka. dari perdana menteri pertama hingga PM dan Rosmah sekarang, dari zaman polis dihormati hingga polis diludah, dari zaman utusan perjuangkan rakyat sehingga utusan jadi pencacai umno. dari zaman TV hitam putih sehingga zaman LCD 4C TV. dari zaman berjalan kaki hingga zaman pesawat terbesar dunia.

Mengapa malaysia tidak berbangga?, apakah kerana nenek ini berbangsa cina?, ohh rasisnya kita.
Kalau tak clear, sila klik pada gambar

Tapi persoalannya, Apakah nenek ini wujud?.. kah..kah..kah.. SPR Menipu lagi. susah oo tukanglawan bukak semua buku dan kaji fakta diatas, rupanya SPR bohong lagi....puiiiii

Sebab ini lah bersih diadakan, ni nak bagitau kat orang umno, kita tuntut senarai undi dibersihkan. jangan dok nak menipu je kerja SPR, tak malu ke menipu rakyat malaysia.

OK.. Dah baca, sebarkan ke segenap alam, dengan fakta tu je boleh buat org lain berfikir, bantu "tukanglawan" sebar, untuk malaysia lebih baik tanpa umno.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit