Perlis Diserang Ribut Besar

| comments

KANGAR - Lebih 20 buah rumah rosak dilanda ribut dalam kejadian di beberapa kawasan di Perlis hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 3 petang, dan antara kawasan yang terlibat ialah Simpang Empat, Bintong serta Tambun Tulang.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis berkata pihaknya masih menjalankan bancian bagi mengenal pasti jumlah sebenar dan nilai kerosakan rumah yang terbabit namun kebanyakannya rosak pada bahagian bumbung.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis dan Jabatan Kerja Raya turut bertungkus-lumus membersihkan pokok yang tumbang dalam kejadian itu.

Kejadian ribut ini yang kedua melanda Perlis dalam tempoh seminggu, dan pada 25 serta 26 Mac lepas, lebih 150 rumah rosak, terutama pada bahagian bumbung. - Bernama
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit