(PANAS)Adnan Yaakob memanggil Wartawan Bodoh

| comments

 Sungguh menydihkan apabila insan yang kita hormati dan disegani menunjuk perangai sebenarnya. Seharusnya perkara ini tidak perlu berlaku. Perkara yang saya ingin nyatakan ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob memanggil sekumpulan wartawan dengan perkataan bodoh.

Mengapa perlu memanggil seseorang itu bodoh. Anda harus ingat jika anda fikir anda bijak, ramai lagi orang lebih bijak dari anda. Saya ingin mengingatkan anda, Datuk Adnan Yaakob. Ketika ini sememangnya anda ditampuk pemerintahan. Anda harus sedar siapa yang mengangkat anda sebagai Menteri Besar Pahang kalau bukan rakyat. Wartawan adalah rakyat juga. Selepas kejadian  ini berlaku, anda sudah kehilangan undi. Ingat, anda di atas bukan selama-lamanya. Dengan perbuatan anda begini, saya yakin anda akan jatuh pada Piliharaya Umum Ke 13.

Menurut beberapa akhbar berbahasa cina, Adnan juga telah menolak kemera yang dipegang oleh seorang juru kamera kerana telah mengambil gambar beliau ketika naik angin. Saya perlu ingatkan anda Adnan, perbuatan anda ini telah menggangu kerja orang lain, menggangu periuk nasi orang lain. Jika periuk nasi anda diganggu, apa yang anda rasa. Semestinya anda akan rasa marah. anda ahru sedar tentang itu.

Kemudian, beliau telah mencabar kepada wartawan untuk menyiarkan gambar tersebut. Saya rasa perkara ini tidak perlu dicabar kerana sudah pasti mereka akan menyiarkan gambar tersebut. Ini kerana sememangnya pihak pengurusan mahu berita yang panas sebegini untuk melariskan penjualan akhbar mereka. Satu lagi kebodohan yang jelas muncul didalam diri Menteri Besar Pahang.

Oleh kerana tindakan yang diambil oleh Adnan Yaakob, Tiga orang watawan telah meninggalkan sesi media tersebut kerana muncul kekecewaan dalam diri mereka apabila Adnan Yaakob mengambil tindakan yang cukup kurang ajar.

Kejadian ini berlaku apabila Adnan Yaakob secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini. Beliau telah menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam berkenaan memberi contoh Sungai Lembing sebagai tapak pelupusan sisa nadir bumi.

Beliau dengan nada yang tinggi mangatakan beliau tidak pernah mencadangkan untuk membuang sisa nadir bumi di Sungai Lembing. Beliau juga memarahi Ahli Parlimen Kuantan, YB Fauziah Salleh apabila YB Fauziah menentang Pembinaan Kilang LYNAS di Gebeng.

Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Begitulah ayat kurang ajar yang keluar dari mulut Adnan Yaakob. Selepas itu, beliau mencabar Wartawan dan YB Fuziah Salleh menyaman.

Adakah ini yang dikatakan pemimipin yang disayangi. Ini pemimpin  harus dijatuhkan dengan segera. Pemimpin yang cukup kurang ajar. Sampai bila lagi kita mahu menyanjung pemimpin yang kurang ajar begini. Ayuh rakyat pahang jatuhkan kerajaan Barisan Nasional Pahang yang sudah melampaui batas.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh  
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit