Malaysia Bangkit Pencetus Negara Sejahtera

| comments

Malaysia Bangkit??? Sebuah komuniti ini bukanlah muncul dari dakyah-dakyah politik atau keagamaan.sebaliknya ia sebuah  komuniti yang baru dilahirkan atas kesedaran yang muncul dalam diri Mahasiswa dan anak muda. Komuniti ini lahir untuk menyatupadukan seluruh anak muda amnya untuk menuntut negara Malaysia menjadi negara sejahtera.

Apa yang dimaksudkan dengan Negara Sejahtera??? Komuniti ini meletakkan 9 tuntutan yang dapat menjanjikan Malaysia sebagai Negara Sejahtera. Tuntutan yang pertama ialah menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang bebas kepada Rasuah.Indeks rasuah di Malaysia adalah di kedudukan 56 daripada 180 negara di dunia dengan hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10 berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya iaitu pada tangga 49 dengan nilai skor 5.1.  Semakin rendah skor yang diperolehi, semakin rendah pencapaian sesebuah negara dalam mengawal kegiatan rasuah. Kita dilihat sama sahaja label dan sebaris dengan negara-negara seperti Namibia, Samoa, Latvia dan juga Slovakia. Apa yang kita mahu banggakan tentang pentadbiran negara apabila gejala rasuah semakin berleluasa. Ini adalah kenyataan. Disebabkan inilah komuniti Malaysia Bangkit menyelitkan isu ini dalam tuntuttan mereka.

Tuntutan kedua adalah menuntut kepada kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma kepada seluruh warganegara. Mengapa Malaysia tidak memberi pendidikan percuma kepada warganegara sedangkan kebanyakan negara membangun seperti Sri Lanka, Libya dan Cuba juga menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Malah, hampir semua negara pengeluar minyak menawarkan sistem pendidikan percuma di semua peringkat untuk rakyatnya. Contoh yang terdekat ialah Brunei..Mengapa Malaysia tidak mengikut jejak negara-negara demikian. Adakah Ekonomi Malaysia tidak dapat menampung pembiayaan sedemikian rupa. Saya rasa ekonomi Malaysia lebih kukuh daripada negara-negara tersebut. Ini jelas bahawa Malaysia mampu untuk merealisasikan tuntutan negara berpendidikan percuma.

Tuntutan yang ketiga ialah mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang percuma. Bagi saya, tuntutan ini bukanlah tuntutan yang dongeng kerana sepatutnya negara sepeti Malaysia sepatutnya sudah muncul perkhidmatan sedemikan rupa. Mengapa perlu untuk memberi keuntungan yang besar kepada syarikat perkhidmatan bas sedangkan rakyat ditindas. Cukup menyedihkan.

Tuntutan yang keempat ialah menutut kepada kerajaan dan SPR untuk menjalankan piliharaya yang benar-benar bersih. Ini tercetus apabila negara sekarang menghadapi pilihanraya yang sangat kotor. Ini jelas berlaku apabila Malaysia sekarang sudah banyak dipertikaikan tetapi sebelum ini semuanya dinafikan oleh SPR, tiba-tiba apabila dibuktikan oleh semua pihak, Bersih membuktikan, parti-parti politik membuktikan, akhirnya SPR mengaku tak semua daftar pemilih di dunia ni bersih. Jadi baru dia mengakui bahawa daftar pemilih di negara ini tidak bersih. Sistem perjalanan pilihan raya itu tidak bersih. Sungguh Memalukan.

Tuntutan yang kelima ialah negara yang mempunyai media yang bebas. Isunya sekarang adalah mengapa perlu menyekat liputan media. mengapa perlu menyekat cerita yang buruk berkenaan pentadbiran. Kedudukan Malaysia dalam Indeks kebebasan Media berada di tangga ke 132 jatuh 8 anak tangga tahun sebelumnya dari 173 negara yang di tinjau. Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133),  Sudan (135) dan Bangladesh (136). Ranking ini telah cukup menceritakan dimanakah letaknya kebebasan media di malaysia. Adakah ini sepatutnya berlaku di Malaysia yang selalu diuar-uarkan sebagai negara demokrasi???fikirkan.

Tuntutan keenam ialah membentuk negara mendaulatkan perlembagaan negara. Sekarang in jelas apabila ada sebahagian pimpinan kerajaan yang melanggar perlembagaan Malaysia. Sebagai contoh ketika perhimpunan Bersih dijalankan. Polis mengambil tindakan untuk menghalang perhimpunan tersebut. Dimanakah letaknya Perkara 10 perlembagaan persekutuan yang membenarkan rakyat malaysia untuk bercakap, berhimpun dan berpartisipasi. Ini jelas kedaulatan perlembagaan persekutuan telah dicabar. Ini telah membawa wujudnya isu yang dibawa oleh komuniti Malaysia Bangkit.

Tuntutan yang ketujuh ialah menuntut negara yang ekonomi yang sejahtera. Ini membawa maksud kerajaan haruslah menaikkan ekonomi rakyat amnya. Ini kerana rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah sekarang terpaksa mengharungi ekonomi yang semakin tidak menentu. Ini disebabkan kurangnya subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Justeru, Komuniti Malaysia Bangkit menyeru kepada kerajaan untuk membantu menaikkan ekonomi rakyat ke tahap yang lebih tinggi.

Tuntutan yang kelapan ialah membentuk negara hijau. Ini muncul apabila kerajaan pahang sanggup untuk meluluskan projek kilang nadir bumi LYNAS . Jika kilang ini terus bertapak di Gebeng, ia akan membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar amnya dan rakyat khasnya. Mengapa di Australia, penduduknya membantah pembinaan kilang tersebut disebabkan bahananya, tetapi di Malaysia diterima dengan mudah.  Kes ini bukanlah kes yang baru, jika anda ingat tentang kes kilang RARE Earth yang dibina di Bukit Merah, Ipoh. Kita cukup bernasib baik apabila kes ini telah dimenangi oleh masyarakat setempat. Justeru, isu ini sangat relevan untuk direalisasikan oleh kerajaan sekarang.

Tuntutan yang terakhir ialah rakyat seharusnya mendapat rawatan kesihatan yang percuma. Perkhidmatan kesihatan merupakan suatu yang asas dalam sesebuah negara. Selain pendidikan, kesihatan merupakan keperluan asas yang tidak boleh dielakkan bagi setiap rakyat. Tiada sesiapa memilih untuk sakit dan berpenyakit, tetapi ia adalah suatu hakikat yang perlu dihadapi oleh segelintir rakyat. kerajaan perlu meluaskan perkhidmatan kesihatan percuma untuk semua rakyat di hospital-hospital kerajaan tanpa mengira latar belakang mereka. Ramai lagi rakyat yang menderita penyakit tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan bukan kerana kemiskinan, tetapi kerana kos rawatan yang terlalu mahal untuk ditanggung. Malaysia Bangkit mengharapkan, rawatan kesihatan percuma dipermudahkan urusannya agar perkhidmatan ini mampu dinikmati oleh setiap lapisan rakyat.
 
Justeru, anda sebagai anak muda atau mahasiswa, andalah sebagai agen penggerak mengubah negara menjurus kepada negara sejahtera. Ayuh bangkitlah dan turun untuk  menunjukkan tanda sokongan anda sebagi agen perubahan kepada negara. Saya seru sekali lagi, wahai anak muda dan mahasiswa, sedarlah anda sebagai satu titik perubahan, ayuh dengan rasa sayang kepada negara turun untuk menunjukkan anda bukan bukan anak muda yang tidak bernilai kepada negara. Anda sebagai anak muda pencetus negara sejahtera

Kolumnis:  Mulut Kecoh

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda



Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit