Sesungguhnya, apabila pilihan raya bersih dan adil, barulah rakyat dapat tentukan takdir diri sendiri dan boleh mengharapkan pemimpin yang bertanggungjawab”
“Only when elections are clean and fair, can citizens be real masters of their own destiny and expect holders of public office to act accountably and effectively.”
BERSIH bermula sebagai Jawatakuasa Bertindak Bersama bagi Reformasi Sistem Pilihan Raya yang ditubuh pada bulan Julai 2005. Objektif gabungan tersebut adalah untuk memperjuangkan pemulihan yang menyeluruh untuk sistem pilihan raya di Malaysia.
Sudah 2 kali himpunan BERSIH bagi menuntut Pilihanraya yang adil dan bersih dibuat.
BERSIH 1.0

Pak Lah begitu sombong dan angkuh tidak memperdulikan perhimpunan itu, katanya "Saya pantang dicabar", tetapi Allah Maha Berkuasa dan Allah yang mendengar rintihan rakyat, akhirnya UMNO BN tersungkur di dalam pilihanraya 2008 dengan terpaksa melepaskan 5 negeri dan kehilangan 2/3 majoriti di parlimen.
BERSIH 2.0

Sekatan jalanraya merata tempat dibuat, stesen komuter dan LRT ditutup dan pintu keluar di sekat, bagi menghalang kemaraan orang ramai, namun kemaraan rakyat tidak dapat dihalang, puluhan ribu, malah ratusan ribu rakyat berkumpul di tengah bandar Kuala Lumpur.
Sasterawan Negara A.Samad Said turut bersama dengan rakyat bagi menuntut pilihanraya yang Adil dan Bersih, Beliau juga telah mencipta sebuah sajak khas bertajuk unggun Bersih, dedikasi beliau untuk peserta tuntutan ini.
BERSIH 3.0
BERSIH 3.0 bila lagi?, nampaknya tuntutan BERSIH 2.0 tidak dipedulikan, malah kerajaan sedia ada begitu angkuh, pemalsuan my Kad semakin berleluasa. dan apakah rakyat masih mampu berdiam diri?.
BERSIH3.0 akan diadakan sekali lagi, dan "tukanglawan" telah dikhabarkan tarikhnya., bila?... tunggu, pagi nanti akan "tukanglawan" hebahkan tarikhnya.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.