UPSI: Mahasiswa Diploma Dikhianati

| comments

Selepas isu 'posting' yang dihadapi oleh mahasiswa Ijazah UPSI hampir selesai, tiba-tiba satu lagi isu hangat melanda UPSI tetapi bukan mahasiswa Ijazah. Ia melibatkan mahasiswa Diploma. 

Pada kemasukan 2011/2012, pihak pentadbiran UPSI telah mengambil tindakan untuk mengurangkan tempoh pengajian kepada mahasiswa-mahasiswi Diploma daripada 3 tahun ke 2 tahun sahaja. Apabila kita menilai sendiri, ia sememangnya pakej yang amat menarik.Siapa tidak mahu diploma yang setaraf 3 tahun disingkatkan selama 2 tahun.

Pada minggu lepas, tiba-tiba Pihak pentadbiran UPSI mengambil tindakan untuk menaikkan tempoh pengajian 2 tahun yang ditawarkan kepada mahasiswa semester 1 menjadi 3 tahun seperti mahasiswa diploma yang lain. Bagi saya, tindakan ini sebagai tindakan seorang penipu. Tindakan pihak pentadbiran UPSI telah mencetuskan ketidakpuasan hati mahasiswa berkenaan sehingga ada antara mereka mahu menamatkan pengajian lebih awal.

Punca pentadbiran UPSI mengambil tindakan sedemikian masih menjadi tanda tanya kepada mahasiswa berkenaan. Adakah isu ini dicetuskan oleh Pihak Pentadbiran UPSI sendiri atau ia dipaksa oleh  oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT).

Jika tindakan ini diambil oleh KPT, maka jelaslah bahawa KPT telah mendiskriminasi mahasiswa UPSI. Ini kerana telah banyak tindakan yang diambil oleh KPT kepada mahasiswa UPSI. Ia cukup menyedihkan.Ini kerana ketika kemasukan,mahasiswa tersebut mereka mendapat hitam putih yang menyatakan pengajian mereka hanya 2 tahun sahaja. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,  tempoh pengajian program diploma akan dipendekkan tidak melebihi dua setengah tahun berbanding tiga tahun ketika ini, selain menggalakkan pelajar mengikuti diploma. Tetapi mana janjinya apabila isu ini berlaku. Cukup menyedihkan.

Isu sebenar ialah mengapa ia berlaku di penghujung semester Diploma. Secara majoriti, kesemua mahasiswa Diploma Semester 1 tidak bersetuju tindakan UPSI menaikkan tempoh pengajian.Mereka juga bersetuju untuk membuat satu perjumpaan bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik(HEA) untuk meminta penjelasan yang menyeluruh isu ini berlaku.

Diharapkan Pihak pentadbiran UPSI dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga perlu menyelesaikan masalah ini  dengan segera. Jika masalah ini terus berlaku, Ayuh mahasiswa bangkit menjatuhkan Umno/BN  pada PRU ke 13.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit