Terselak sana-terselak sini, pagi-pagi macam nei memang tukanglawan suka jenguk-jenguk blog-blog lain untuk mendapat informasi, dan bila jumpa artikel menarik, "tukanglawan" kongsikan juga dengan anda.
Ini terjumpa satu artikel tentang Proton Tuah Persona Espire P3-21A yang dijangka dilancarkan pada ini, dengar khabarnya lagi proton ini walaupun guna platform persona tapi akan dikenali sebagai Proton Tuah.
Ini gambar Proton Tuah paling jelas pernah disiarkan sehingga hari ini, walaupun sebelum ini banyak gambar-gambar telah tersiar, tetapi kebanyakkannya "disamarkan", bagi menyukarkan orang lain mengambil gambar berkenaan disamping menyembunyikan rupa sebenar kereta tersebut supaya tidak ditiru pengeluar lain.
Amacam, ape pendapat korang, menarik tak?, yang ini pulak gambar dari belakang, "tukanglawan" agak tak berapa berkenan sangat , macam tak berapa menarik pulak.
Kalau korang nak tahu la kan, Kereta baru ini tak lagi menggunakan enjin biasa seperti sekarang nei. enjin kereta ini akan dilengkapi dengan pendesak turbo, itu kalau ikut spesifikasi yang tukanglawan rujuk la. jom baca
Enjin 1.6 liter Turbo yang berkuasa seperti enjin 2.0 liter serta mematuhi piawaian Euro-Five
Vehicle Seek Lamp
Wiper Auto Speed
Auto side door folding mirror
Push Button Start / Stop
Sensors for Automatic Wiper and Headlamp
GPS Antenna for Navigation System
Impact Sensing Door Lock
Continuous Variable Transmission (CVT)
Security Alarm System, Immobiliser and Central Locking
Shift Lever with Tiptronic Mode and Paddle Shifter on Steering Wheel (bagi mod Automatik)
ABS & BA (Brake Assist)
Amacam?, hahaha. susah nak komen sebab enjibn berkuasa turbo ini ada pro dan kontranya, mungkin lepas nei banyak la pakcik-pakcik berlumba dengan orang muda pulak. ohh bahaya tu.
ok la.. masing-masing ada citarasa sendiri, korang mungkin suka kereta baru tu, mungkin juga tak, tapi konsep kereta tuah dibawah ni memang "tukanglawan" minat jom tengok.
Hah.. lawa tak, memang nampak sporty kan (kereta konsep tu), cuma kalau boleh jangan la ada masalah tingkap lagi, kang bawak laju-laju tingkap tak boleh naik kang, malaysia nei selalu hujan..kah..kah..kah..
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.