Laki Sharizat betul-Betul Nak Buat Duit.

| comments

Betul -betul melampau la laki si sharizat cow ni, memang kalau ade lagi laki atau bini menteri macam nei. tak lama la... memang lingkup negera ni. duit negara ni buat macam mak bapak diorang yang punya.

Memang "tukanglawan" hangin satu badan dengan kes baru yang diselongkar oleh Rafizi Ramli melibatkan laki sharizat nei, tahulah bini kau tu Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat, dapat dana yang sebenarnya untuk kepentingan Masyarakat pegi buat kaya Keluarga pulak.

Pelik pulak bila fikir, Sharizat berlagak bukan main suci lagi, "saya hanya isteri pengerusi NFC" dah, kau tak tau ke apa anak dan laki kau buat, kau tak duduk serumah ke? atau terlalu sibuk sampai tak tau ape jadi dgn family kau tu.

Kalau macam tu la gayanya , memang tak layak jadi menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat, sebab apa yang keluarga buat pun si sharizat ni tak tahu. patut kalah dekat Lembah Pantai haritu.

Rafizi dedah laki dan anak beranak si Sharizat nei adalah penyewa utama pusat membeli-belah mewah yang dalam pembinaan dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.

28 unit beb... betul-betul nak buat duit ni.takkan nak beli buat bela lembu kat shop lot kot. takkan takkan nak jual sup ekor kat sana. sah la meniaga benda lain.

Setakat 2 tu normal la, boleh putar kata untuk mengembangkan perniagaan, kalau 28 unit, bayangkan la besar mana. laki ambik 7, anak perempuan 7 bijik, anak lelaki tujuh bijik.. dah 21 bijik.. lagi 7?.. hahaha... entah-entah Sharizat kau punye.

Rafizi juga telah mengunjungi tapak pusat membeli-belah yang masih dalam pembinaan di lokasi utama berhampiran Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.

Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi.

Korang tau berapa yang perlu dibayar sebulan?

Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta.

Banyak tu, kalau dah sanggup bayar bulan-bulan banyak tu, mesti la untung berlipat kali ganda kan dari modal... memang betul-betul nak buat duit keluarga sharizat nei, rakyat dapat apa?... jadi bodoh je la kene tipu dengan BN.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit