Ada Cubaan Bunuh Pemimpin PAS?

| comments

Politik negara ini sudah sangat teruk, mungkin kerana mahu kekal berkuasa, apa pun sanggup dilakukan, itu tidak mustahil bukan?.

Tiba-tiba budaya politik negara ini hancing dan busuk sekali, fitnah semakin menjadi-jadi, filem lucah ditayang di tempat hebat, siap adakan sidang media selepas ajak segala wartawan tonton sekali, tak cukup dengan itu, perkara yang dulunya "tabu" kini dimuatkan di laman blog oleh orang yang yang mengaku pembela "kaum" melayu, berlagak islam tapi kurang akidahnya.melayu apa begitu?

Lebih malang video-video itu disebarluas ke seluruh negara, tak cukup diedar siap postkan pula, tak terfikirkah dia berapa banyak sudah saham dikumpul?

Kerana mahu kekal berkuasa, politik negara sangat kotor dan busuk, tak berani "berdebat" isu-isu penting, mulut hanya tahu fitnah dan cakap besar, kerana mula terbiasa budaya politik kotor itu jugalah tak terkejut kita bila ada pihak cuba menakut-nakutkan lawan politiknya, malah boleh jadi juga boleh mencederakan, boleh juga sampai jadi kes pembunuhan.

Masih tak percaya , kotornya politik yang dibawa sesetengah pihak?, percayalah

Malam tadi sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat.

Nak kata ini musim perayaan sehingga kanak-kanak tertembak mercun tak mungkinlah, ini bukan musim perayaan pun, mana mungkin ada bebola api jatuh dari langit, kalau ada, sudah pasti lain pula tajuknya. ini sebenarnya perbuataan khianat yang dilakukan ketika Dzulkefly dan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur .

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah. tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor itu.

Sekadar gambar hiasan
Kebakaran itu memusnahkan kereta BMW miliknya manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar, nasiblah Dzulkefly sedar, jika tidak?, apa pula yang akan berlaku.

Tak terfikirkah si penjahat yang bodoh itu kemungkinan ada anak kecil dalam rumah berkenaan?, agaknya otak sudah lumpuh, tak mampu berfikir waras lagi.

Mengulas perkara tersebut, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.

"Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri,"kata Mazlan Aliman lagi.

Nah, lihatkah bagaimana politik negara sudah jadi politik tak bermaruah, untuk menjatuhkan musuh politiknya, ada pihak cuba main kasar, ini jika tidak dibendung akan jadi budaya. bila sudah jadi budaya susah pula mahu dikikis, andalah yang berhak mengubahnya, nyatakan pendirian anda pada PRU13 nanti.

Katakan rakyat malaysia tidak mahu politik cara ini, kita rakyat mahukan politik yang beri kebaikan dan keuntungan kepada rakyat, bukan politik yang diguna untuk men"kaya"kan kroni anak dan bini.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit