Walaupun Mahathir sudah lama bersara, tapi gerak kerja dan perancangan Barisan Nasional sebenarnya masih dipengaruhi oleh bekas perdana menteri itu. seringjuga bersembang dengan rakan-rakan mereka masih mengatakan politik negara ini masih dikawal dan dirancang Mahathir.
Kalau begitu, maksudnya Najib masih ada bos la nampaknya, dan Mahathir walaupun sudah tidak lagi perdana menteri sebenarnya dialah pencatur dan pembuat keputusan untuk Barisan Nasional, bukan Najib,
Mahathir mula bersuara bila kerisauannya mula memuncak, katanya Najib tidak harus megadakan pilihanraya dalam masa terdekat, najib perlukan lebih masa untuk menarik kembali sokongan ramai.terutama kaum cina yang rata-rata sudah muak dengan Barisan Nasional yang dipinpin oleh parti perkauman UmnoApco itu.
Mahathir berkata Najib perlu berusaha keras untuk memenangi semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
"Jika ada masa, guna masa itu untuk terus mendapatkan sokongan," katanya dalam wawancara bersama agensi berita Bloomberg.
Walaubagaimana pun Najib sudah tentu tidak suka orang lain mencampuri keputusannya, mungkin kerana itulah Najib mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan lebih awal apabila pada Disember lalu mengumumkan bahawa persiapan telahpun diadakan.
Cuma saat ini terfikir "tukanglawan" siapa lebih berkuasa, Perdana Menteri atau bekas Perdana menteri?
Cuma saat ini terfikir "tukanglawan" siapa lebih berkuasa, Perdana Menteri atau bekas Perdana menteri?
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.