Seorang warga emas berusia 64 tahun bukan sahaja dipukul, dipijak dan dibelasah tanpa belas kasihan, malah turut disamun dua lelaki setelah selesai menunaikan solat Subuh di rumahnya, di Parit 8B, Sungai Manik, Teluk Intan Perak, awal pagi semalam.
Warga emas yang dikenali sebagai Aminah Awang itu terpaksa menerima lima jahitan di bibirnya akibat ditumbuk di bahagian muka dan dipijak berkali-kali.
Beliau berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, dia yang baru selesai solat Subuh dan mahu berdoa, secara tiba-tiba ditumbuk di bahagian muka oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang turut mengenakan seluar dalam berwarna kuning sambil mengacukan parang di lehernya.
“Makcik terus menjerit meminta tolong tetapi penyamun tersebut membelasah bertubi-tubi tanpa belas kasihan meskipun mengetahui makcik tidak mampu melawan , Dalam keadaan kesakitan, lelaki yang tidak mengenakan topeng muka itu memberikan amaran supaya tidak menjerit sambil mengambil barang kemas dan wang sebelum melarikan diri,” katanya lagi.
Turut menerima nasib malang ialah adiknya turut dialami adiknya, Aisyah Awang, 63, yang tinggal serumah, menurut Aisyah, dia tidak menyedari kejadian itu kerana sedang solat Subuh di bilik bersebelahan kakaknya.
"Takut dicederakan lebih teruk, makcik menyerahkan barang kemas dan duit kepada lelaki seperti mana diminta, pada masa yang sama makcik terdengar jeritan kakak meminta tolong.“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH supaya keselamatan kami adik-beradik selamat," katanya.
Kedua-dua warga emas itu sempat dikunci didalam rumah oleh penjenayah tersebut sebelum kedua - dua warga emas tersebut diselamatkan oleh anak saudara mereka, Nazri Zakaria, 43, yang datang untuk mengambil umpan itik yang disimpan di rumah kira-kira jam 6.50 pagi.
Aminah yang masih trauma akan kejadian itu, mengalami kecederaan agak parah di bahagian muka dan bibir serta menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.