• back to top back to top back to top back to top
..................................“Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno" - Sasterawan A. Samad Said .................................."Penderitaan ini terpaksa dilalui demi menegakkan kebenaran dan keadilan, Kami berjuang atas prinsip tersebut dan sanggup membayar harganya dengan penjara” - Datuk Seri Anwar Ibrahim ..................................Anggota polis zionis pernah berkata : "kami tidak takut kpd pasukan tentera arab. Tp kami benar-benar gentar kpd pasukan ALLAHUAKHBAR. kami org yahudi datang dari sluruh pelusuk dunia ke tempat ini (palestin) utk hidup. tetapi, mereka dtg dr seluruh pelusuk dunia ke tanah ini utk mati. bagaimana kami dpt berhadapan dgn org2 seperti mereka? " ..................................Bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno. Ahmad Tajdid, Harakahdaily
Jika anda mempunyai sebarang info, pandangan, artikel untuk dikongsikan e-mailkan kepada tukang lawan di infotukanglawan@gmail.com

Kedua terbaik tidak mencukupi untuk terus kekal

Cuma mampu bertahan selama 9 hari, itulah nasib permainan "aku jimat" yang mendapat liputan banyak blog-blog sebelum ini

Permainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak rosmah mansor muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di malaysia pada sabtu lepas , namun hari ini anda tidak lagi dapat mendonwload permainan tersebut kerana ia telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.

Tahukah anda permainan tersebut sebenarnya telah  diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.

Sedihnya permainan sehebat ini telah dibuang, nampaknya ramailah peminat permainan mobile akan mengigit jari kerana tidak dapat bermain dengan permainan cukup hebat ini. lagipun menurut  syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”. bukankah budaya menabung dari kecil itu bagus,

Bila besar nanti boleh beli cincin, beg berkin, gelang, baju dan melancong ke luar negara.

Buat yang masih belum tahu, dibawah dikongsikan sedikit gambaran permainan tersebut

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000). 

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.