Polis ambil risiko bahaya Lynas?

| comments


Apakah program khidmat negara adalah tersangat penting dari masa depan generasi akan datang? mungkin hanya orang bodoh yang akan percaya PLKN itu lebih penting dari perkara berkaitan alam sekitar dan isu penduduk setempat.

Adakah program PLKN yang masih belum menunjukkan hasil yang jelas  itu selain membazir duit rakyat untuk diberikan sebahagian dananya kepada kroni-kroni lebih penting dari hasrat dan kehendak penduduk setempat, lebih utama dari kekuatiran tentang masa depan alam sekitar yang kita pinjam sementara ini?, tentang isu kesihatan dan keselamatan penduduk setempat?



Adakah PLKN ini tersangat atau terlebih penting dari perkara yang lebih penting sehingga permit berhimpun dalam sebuah program yang dinamakan “Himpunan Hijau 109″ ditarik balik malam tadi ekoran "kononnya" terdapat program khidmat negara dikawasan sama.

Memang bagi sesetengah puak isu kelangsungan hidup, alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat setempat itu tidaklah terlalu penting jika dibandingkan dengan meraikan remaja-remaja "baru habis sekolah"

Itu jelas terbukti dengan peristiwa dalam Himpunan Hijau 109 yang diadakan di pantai Taman Gelora, Kuantan, himpunan Hijau 109 adalah himpunan  membantah kilang pemprosesan hasil nadir bumi yang dibina di Gabeng Pahang.

Pembinaan kilang ini bakal memudaratkan penduduk setempat, hasil air kumbahan yang terhasil dalam proses tersebut menyebabkan risiko kecacatan, kanser, leukemia dan banyak lagi.dalam skala yang kecil ia telah pun terjadi di Bukit Merah, Perak, suatu masa dulu.

Apa yang lebih malang ialah kali ini sekali lagi anggota polis telah "diperalatkan" oleh puak "baling batu sembunyi tangan" asal ada sahaja semarak suara rakyat, anggota polis sering terlupa mereka juga rakyat, sehingga mereka sanggup menyekat suara rakyat yang mewakili mereka. kalau nak kata golongan ini kurang bijak.. mungkin benarlah.

Kira-kira 2,000 orang awam yang sedar tentang bahayanya projek "barisan nasional" ini membanjiri kawasan berkenaan  mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis yang tidak pernah ambil peduli tentang hal alam sekitar, selain merasakan hanya najib dan rosmah pemberi rezeki pada mereka.
Anggota polis kurang bijak ini  "diperalatkan" untuk menghalang penceramah membuat ucapan demi menyedarkan orang awam tentang bahaya projek "nadir bumi" semata-mata mahu beri laluan untuk program "menghiburkan" remaja baru habis sekolah ini.(supaya remaja terlupa masalah negara dan asyik mahu berhibur)

Orang ramai dipaksa bersurai oleh ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof  yang memang tidak pernah ambil peduli tentang harapan orang ramai untuk menyelamatkan generasi akan datang dari bencana yang bakal berlaku bila kilang ini mula beroperasi nanti.

Namun peserta himpunan adalah mereka yang "bijak" dan tahu tanggungjawab menyelamatkan generasi akan datang serta menjaga alam sekitar itu lebih penting dari PLKN , mereka enggan berganjak dan membina perisai manusia. 

Provokasi yang ditimbukan polis seperti yang terjadi pada himpunan BERSIH 2.0 lalu membuat mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.

Nah sekarang lihat lah rakyat sudah bijak dan semakin berani bersuara menuntut kehendak mereka, jika dari segi hak, rakyat sekarang sangat bijak, cuma masalahnya terbergantungan polis terhadap kerajaan, anggapan mereka mungkin mereka "tak makan" jika BN tidak memerintah. disitu jelas sekali kebodohan mereka.

Polis juga rakyat, kenapa tidak bersama rakyat, cari negara yang lebih baik pengurusannya. tak ada 'BN" pun tak apa , yang beri rezeki Allah, bukan pemimpin umno yang mengikis duit rakyat buat senang anak cucu mereka. jadi polis perlu fikir kembali dalam-dalam setiap perkara, anda boleh mengubah perspektif masyarakat terhadap anda.

Jika beroperasinya kilang lynas, hasil air kumbahan tersebut mampu membuat bayi cacat, adakah anggota-anggota polis yang  menghalang suara rakyat dalam "Himpunan Hijau 109" itu mahu menanggung risikonya?.

Jika tidak mahu, polis harus lakukan perubahan, dengar kemahuan rakyat, dan bersama dengan rakyat, pencenkan BN.

@TUKANGLAWAN  Mintak polis jangan jadi alat Umno.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit