Kes bekas menteri Be_eNd Tipu kabinet bermula semalam

| comments



Perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bermula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas menteri Barisan nasional itu dituduh didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Bekas menteri Kabinet dari MCA itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.


Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa beliau (Dr Ling) boleh menyebabkan kehilangan kepada Kerajaan Malaysia,

Dr Ling dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Namun bekas menteri barisan nasional mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Imej barisan nasional sering tercalar dengan skandal salah laku, jadi mari kita tolak barisan nasional

@TUKANGLAWAN pasti tidak akan undi barisan nasional, BN sudah korup dan rasuah, rampas harta rakyat untuk diri dan kroni.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit