5 orang wartawan bernama hari ini mengeluarkan laporan mereka tentang himpunan BERSIH 2.0 tempuh hari ,apakah tujuan utama laporan itu dikeluarkan setelah lebih 3 minggu dari tarikh himpunan BERSIH itu.
Adakah kerana mereka telah "dimabukkan" gas pemedih mata dalam tempoh begitu lama sekali.?
Atau ada arahan pihak atasan yang mahukan mereka menggadai maruah dan harga diri semata-mata mahu memulihkan imej kerajaan rejim UmnoApco dengan cara menulis cerita bohong.?
Atau ada kemungkinan mereka ini semua memang menulis berita bohong, supaya jadi bahan jenaka dan rakyat terus membenci Be-eNd?
5 wartawan ini memalukan diri sendiri, mereka dicemuh hebat kerana dikatakan cuba menipu rakyat dengan memberikan cerita yang tidak benar dan berat sebelah.
Persoalannya mengapa mereka dilihat sebagai mereka-reka cerita setelah 3 minggu himpunan BERSIH berlaku, dalam keadaan kerajaan dan PDRM dikecam hebat oleh rakyat malaysia dan antarabangsa, wartawan ini cuba mengambarkan peserta himpunan sebagai ganas pula.
Apakah mereka diarahkan untuk memutar belit cerita supaya rakyat kembali menyokong kerajaan rejim umnoapco yang korup dan rasuah itu, rasanya percaturan mereka silap, kerana rakyat semakin muak rupanya.
sila lihat disini untuk membaca respon orang ramai terhadap artikel yang dikeluarkan mereka ini..
@TUKANGLAWAN Tak suka wartawan yang gadaikan prinsip demi kesenangan, kembalikan maruah wartawan.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.