Polis tidak profesional dan subjudis terhadap punca kematian peserta Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad sedangkan laporan bedah siasat ke atas Allahyarham masih belum dikeluarkan.
“Sepatutnya hanya selepas siasatan selesai dan laporan bedah siasat dikeluarkan, barulah pihak polis boleh memberikan reaksi,” kata Ahmad Jufliz Datuk Faiza iaitu Peguam mewakili keluarga Allahyarham,
“Kita tak tahu sama ada keluarganya akan menuntut satu penyiasatan terbuka mahu pun inkues. Kenyataan polis yang mendahului laporan perubatan berbaur (kepentingan) politik, sepatutnya hanya keluarga yang berhak mendedahkan kepada umum punca kematian tersebut” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, peguam Sivarasa Rasiah berkata versi polis berhubung punca kematian Allahyarham tidak semestinya sah dan benar kerana saksi di tempat kejadian masih belum dikemukakan.
Ahmad Jufliz Datuk Faiza turut mempersoalkan reaksi ‘tergesa-gesa’ kenyataan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid bahawa punca kematian Baharuddin mungkin disebabkan rawatan CPR yang diberikan pihak berkuasa.
“Sepatutnya hanya selepas siasatan selesai dan laporan bedah siasat dikeluarkan, barulah pihak polis boleh memberikan reaksi,” katanya.
@TUKANGLAWAN Sepatutnya polis perlu bertindak professional, jika begini keadaannya polis tidak akan dipercayai lagi
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.