Bersih 2.0 - Umno, sudahlah celaru, menderhaka pula

| comments

Umno-BN sedang berada di tahap celaru yang kritikal apabila Menteri yang berkhidmat di bawah Datuk Seri Najib Razak telah bertindak songsang setelah kenyataannya yang masih mendakwa BERSIH adalah haram dan ini bercanggah dengan kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula BERSIH telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan memberi kebenaran bersyarat dan telah dijamin pula oleh Perdana Menteri sendiri.

Lebih memburukkan keadaan lagi, Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya memberikan seluruh ketaatan terhadap Tuanku Sultan Mizan sebagai Yang Dipertuan Agong telah berlaku ingkar tergadap Baginda kerana terlalu mengikut telunjuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussien.

BERSIH yang telah mendapat perkenan Seri Paduka sepatutnya dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah tentukan kerajaan dan pihak Istana sendiri

Dalam hal ini seluruh yang berkaitan BERSIH sepatutnya telah diberi akses oleh KDN untuk bergerak secara bebas kerana KDN bernaung dibawah KDYMM Tuanku yang mana telah memberikan perkenannya kepada bersih.

Jika hasrat BERSIH yang mewakili suara sebilangan rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan Umno-BN walaupun ia telah direstui oleh KDYMM Tuanku, kemanakah lagi suara rakyat harus dibawa untuk perhatian yang sewajarnya?

Justeru berdasarkan respon terkini kerajaan yang amat memalukan negara setelah lapan tuntutan BERSIH dikemukakan, ia suatu yang tidak layak terjadi di era negara yang sedang membangun, Umno-BN perlu dibuang kesemuanya pada PRU 13 nanti.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit