“Dengar katanya dia nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Saya fikir elok dibatalkan dulu sebelum menghadap. Nanti tak tau apa yang disembah, nanti jadi sembah derhaka pula,” kata Muhyiddin.
Ahahaha, pandai melawak menteri sorang nei, ye la.. ada bakat la tu. boleh masuk maharaja lawak dah lepas nei, pada fikiran tukanglawan pasti menteri sorang nei boleh menang, sebab ramai geng patriot (baca PATARIOUK)boleh pakat-pakat undi dia.
Atau juga kata-kata tu sekadar ingin menyedapkan hati menteri itu dan bosnya (bik Mama) kerana sudah tentu mereka kini sangat tertekan dengan kemaraan rakyat, apatah lagi mereka kini dilihat sanggup menghadapi apa sahaja untuk menyekat kemaraan rakyat malaysia yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.
Okla la... untuk menteri yang nak kata bijak tak berapa bijak nei (orang umno memang la tak bijak sangat) kalau dah dibatalkan perhimpunan tu sebelum menghadap, so tak perlu la lagi pergi menghadap tuanku, sebab bila dah batalkan masalah dah kira selesai. ahaha,, itu pun tak tahu fikir kew?
So camnei la pak menteri, pesan kat menteri keris tu, biarkan je la himpunan nei berjalan secara aman, tak perlu lah nak halang-halang, makin dihalang, makin bodoh nampaknya si penghalang tu, apa masalahnya nak buat himpunan aman, peniaga rugi ke?.. tidak rasanya (baca kat sini kalau nak bukti) so apa masalahnya, bukankah himpunan ini boleh dilakukan jika ikut apa yang terulis di perlembagaan (baca sini) jadi apa masalahnya.
Atau umno sudah terlalu takut sehingga sanggup buat apa saja untuk hentikan Bersih.. bukankah sudah terbukti kotornya hati umno ini.
TUKANGLAWANNak tanye?.. warna apakah yang paling ditakuti umno sekarang?
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.