Punca kematian Baharudin Ahmad yang meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC masih menjadi tanda tanya, Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin iaitu anak saudara kepada Arwahyarham.
Kata Azhar Kassim lagi , pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
@TUKANGLAWAN Mahu hasil bedah siasat dikeluarkan segera, rakyat malaysia mahu tahu, dan jangan lagi timbulkan kemarahan rakyat.. umno semakin melampau.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.