Bestnya Konvension Pilihanraya PKR

| comments


Pastinya konvension pilihanraya PKR yang berlangsung di Shah Alam Convention Center siang tadi akan menjadi satu pengalaman terhebat dan sukar dilupakan, walaupun pihak penganjur mensasarkan kehadiran hanya sekitar 2 ribu orang sahaja, namun jumlah peserta konvension yang berdaftar ialah lebih kurang 5 ribu orang.

Konvension pilihanraya kali ini membawa pendekatan dan konsep baru yang sangat ceria dan sangat memberi kesan kepada peseta, konsep yang diterapkan juga adalah yang pertama dilakukan dinegara ini,Walaupun agenda utamanya adalah serius, konvensyen ini secara keseluruhannya berlangsung dalam suasana yang cukup santai tetapi meriah.

Konvension kali ini turut dipersembahkan dengan slide video untuk memberi kefahaman yang lebih kepada apa yang mahu disampaikan, selain itu persembahan dari beberapa pimpinan sangat menghiburkan hati peserta, membuatkan mereka rasa lebih dekat dengan pimpinan sedia ada.

dalam konvension yang bertemakan "DEMI RAKYAT" itu beberapa wakil masyarakat  diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis hari ini, wakil masyarakat cina, india dan sabah memberikan ucapan yang sangat bernas, tetapi wakil orang asal memberikan ucapan yang sangat hebat.





Fatimah a/p Bahsin menyampaikan ucapannya yang mengkritik rampasan tanah di tempat mereka. perkara ini menurutnya sudah berlaku terlalu lama, kerajaan barisan nasional mengabaikan kehendak mereka, menindas mereka dengan merampas tanah adat, dengan menistiharkan tanah berkenaan sebagai milik perhilitan, beliau juga meminta ketua umum parti tidak melupakan mereka bila Pakatan rakyat mengambil alih kerajaan pusat pada PRU 13 nanti, walaupun ucapan bersahaja dari perwakilan orang asal mencuit hati ramai peserta, kelihatan beberapa orang asal mengalirkan linangan air mata, tanda betapa tersiksa dan seriusnya masalah yang dihadapi mereka.

Antara pimpinan pusat yang turut memberi ucapanpada konvension itu antaranya ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali , Presiden parti Datuk Seri Wan Azizah  dan diakhiri dengan  ucaptama daripada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Yang Pastinya Konvension ini dilihat sebagai  gelombang yang sangat kuat yang mampu menjatuhkan barisan nasional dengan majoriti lebih 2/3

DEMI RAKYAT



@TUKANGLAWAN Ingatkan Umporno.. mereka akan kalah.... sama ada kalah nipis.. atau kalah teruk..... kerana rakyat sudah sangat muak dengan mereka
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit