Mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.
Namun kerakusan Umporno dan be-end telah menyusahkan pihak polis yang kebanyakkannya sudah tidak mahu lagi urusan mereka dicampur aduk oleh pemimpin-pemimpin Umporno be-end yang sangat korup.
Polis telah diarahkan menangkap penjual baju T BERSIH yang mencari sesuap rezeki untuk anak isteri,
ada kes-kes tertentu juga contohnya penangkapan Saudara Khairul Anuar Zainuddin iaitu Timbalan Ketua AMK malaysia memalukan jabatan polis sendiri kerana mereka tidak mempunyai sebarang Akta untuk menangkap sesorang yang memakai baju t- bewarna kuning,
Tindakan ini hanya memalukan pihak polis, rata-rata mereka sudah tidak tahan lagi dengan karenah pemimpin korup yang hanya tahu memperkudakan polis untuk kekal berkuasa.
Namun perlu diingat, mereka hanya mencari sesuap nasi untuk anak isteri, ramai anggota polis diluar sana tidak rela dengan apa yang mereka lakukan, mereka akan sentiasa menyokong kita, namun mereka terpaksa melakukan arahan yang diberikan.
Jangan khuatir jika anda ditangkap, mungkin yang menangkap anda itu adalah pihak polis yang menyokong kita namun terpaksa, namun jika ada pihak polis yang melakukkan kekasaran.. anda perlu tahu apa hak anda.. sila baca dan sebarkan
(1) Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
(2) Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
(3) Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
(4) Jika mereka tanya soal... pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
(5) Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
(6) Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab:
”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
(7) Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
(8) Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
(9) Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
(10) Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
(11) Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Tiada apa yang harus anda takuti, hak anda sudah temaktub dan terjamin di bawah perlembagaan, maka anda tidak harus gentar, jika anda ditahan, peguam-peguam yang mewakili anda telah sedia dan akan berkhidmat untuk anda secara percuma.
@TUKANGLAWAN PAsti najib dan bik mama sangat meroyak sekarang, semua kelengkapan berwarna kuning sudah dibuang kerana mereka sangat takut dengan warna KUNING...............
Tiada apa yang harus anda takuti, hak anda sudah temaktub dan terjamin di bawah perlembagaan, maka anda tidak harus gentar, jika anda ditahan, peguam-peguam yang mewakili anda telah sedia dan akan berkhidmat untuk anda secara percuma.
@TUKANGLAWAN PAsti najib dan bik mama sangat meroyak sekarang, semua kelengkapan berwarna kuning sudah dibuang kerana mereka sangat takut dengan warna KUNING...............
"Umno nei suka membazir je mereka semakin meroyan bila ramai pakai kuning"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.