Saman tersebut yang difailkan Isnin lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, turut menamakan kerajaan Malaysia dan Jabatan Imigresen Sarawak, sebagai defenden.
“Apa yang dipersoalkan ialah mereka tidak menyatakan sebarang sebab mengapa saya dihalang dari memasuki Sarawak.
Beliau dihalang dari memasuki Sarawak pada 15 April, iaitu sehari sebelum hari mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak.
Turut hadir ialah Ong Boon Keong, penyelaras rangkaian pemantau pilihan raya Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang ‘menyertai senarai’ individu yang dihalang dari memasuki Sarawak.
Beliau diarahkan untuk meninggalkan Sarawak selepas ditahan oleh Jabatan Imigresen negeri itu malam tadi.
“Saya tidak dimaklumkan sebarang sebab. Pegawai Imigresen itu menyatakan – ‘ini arahan orang atas’, kata Boon Keong.
Boon Keong menambah, beliau mempunyai permit selama 90 hari untuk berada di negeri itu. Justeru, beliau memaklumkan peguam bagi pihaknya di Sarawak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Imigresen Sarawak.
@TUKANGLAWAN Tahu, taib mahmud seorang bacul yang sangat kotor. kalau bomohnya tak mampu usir orang, dia guna pula imigresen.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.