Anwar saman Hishamuddin

| comments

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berhubung video fitnah yang dikaitkan dengannya.

Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu dilapor akan mengemukakan pembelaan dan hujah balas bersama transkrip penuh sidang akhbarnya.

Sebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar mengaitkannya dengan video fitnah tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Menurut Malaysiakini, permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.

Perkara itu timbul ketika sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin menjawab hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun. Hishammuddin diwakili peguam Cecil Abraham manakala Anwar diwakili Leela Jesunathan.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit