Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat
(Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor
dan rasuah.
Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.
“Saya
tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno.
Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,”
katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai
Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat
semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu
yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka
menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.
Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.
“Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang
kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat
Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.
Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak
dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jelajah
itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas
Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.
Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua
Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan
dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.
Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.
Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu
Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke
Pekan Rasa. ( lihat koleksi gambar disini )
Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah
Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor. ( lihat gambar ceramah disini )
Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 1 comments
hanya nangoi,tenuk & lembu percaya pada umno-apco raja kelentong & kaki sauk ! ABU !
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.