Tindakkan kerajaan dengan merasuh pemandu teksi dengan memberikan tayar percuma nampaknya tidak mendatangkan kesan, bila mereka berang dengan tindakan kerajaan yang dilihat tidak serius menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan
memberi amaran, seluruh pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di
Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan kepada kerajaan jika Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang
tindak balas menyelesaikan
kemelut dihadapi mereka dalam masa 3 minggu. .
“Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak
terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia,”
kata Amran Janpada sidang media di Parlimen yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat).
Pemandu teksi, Manoharan pula dalam sidang akhbar itu mengecam akhbar The Star kerana memburukkan reputasi pemandu teksi dalam laporannya.
“Rosak imej 100,000 pemandu, kami juga manusia dan ada maruah. Jika
kami rosakkan imej negara, bagaimana dengan penindasan berpuluh tahun
terhadap kami?” soalnya.
Sementara itu Amran menyifatkan, ‘anugerah’ pemandu teksi terburuk di dunia
sebagaimana dinyata dalam akhbar tersebut berpunca dari pengurusan
industri teksi paling teruk di dunia.
“Selepas penubuhan Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),
Kementerian Pengangkutan tidak lagi ambil tahu tentang hal ehwal
industri teksi.
“Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar pula gagal laksana tanggungjawab dan hanya jadi malapetaka bagi industri teksi…beliau tidak minat untuk selesaikan masalah,” katanya.
Menurut Amran lagi, setiap pertemuan antara pemandu teksi dan Spad gagal menyelesaikan apa-apa masalah.
“Kami diberi alasan lapuk seperti ‘sedang kaji’, ‘akan dipertimbangkan’ atau ‘akan diambil tindakan’…Akhirnya masalah berterusan dan nasib kami masih tetap begini,” katanya.
Kerajaan mula cemas, bayangkan jika semua pemandu teksi menyatakan bantahan kepada KERAjaan, dalam maa yang sama mereka akan berkempen untuk Memenangkan Pakatan Rakyat, sudah pasti Be end akan terus lumpuh.
Nampaknya Umno dan Be end hanya pentingkan kroni besar, manakala masalah yang dihadapai pemandu teksi mereka biarkan saja tanpa ada kesungguhan memperbaiki keadaan, itu perihal pemandu teksi, apakah anda fikir KERAjaan umno be end benar-benar fikir masalah rakyat lain?
Kerajaan mula cemas, bayangkan jika semua pemandu teksi menyatakan bantahan kepada KERAjaan, dalam maa yang sama mereka akan berkempen untuk Memenangkan Pakatan Rakyat, sudah pasti Be end akan terus lumpuh.
Nampaknya Umno dan Be end hanya pentingkan kroni besar, manakala masalah yang dihadapai pemandu teksi mereka biarkan saja tanpa ada kesungguhan memperbaiki keadaan, itu perihal pemandu teksi, apakah anda fikir KERAjaan umno be end benar-benar fikir masalah rakyat lain?
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.