Memaparkan catatan dengan label pengguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengguna. Papar semua catatan

Dihalang Perbaharui kad Pemandu, SPAD Ancam Periuk Nasi Pemandu Teksi

| comments


Langkah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadikan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik sebagai alasan menghalang pembaharuan kad pemandu teksi dibantah Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan.

“Tidak termaktub dalam mana-mana Akta Pengangkutan Jalan bahawa SPAD berhak menghalang pembaharuan kad pemandu.

“Ada 79,500 pemandu teksi di seluruh Malaysia. Sebahagiannya mempunyai kesalahan trafik. Namun SPAD tak boleh jadikan saman agensi lain untuk nafikan hak pemandu perbaharui kad pemandu. Ini menafikan hak mereka.

“Lebih baik kuasa perbaharui kad pemandu teksi diberi kepada JPJ dan trafik. Bubarkan sahaja SPAD,” katanya kepada Keadilan Daily.

Dalam pada itu, jelas Amran, terdapat sesetengah saman ke atas  pemandu yang tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan. Beliau memberi contoh pemandu tertidur di tepi jalan ketika menunggu penumpang juga disaman.

Amran turut mempersoal adakah SPAD yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan agensi lain menghalang pembaharuan kad pemandu.

Kegagalan memperbaharui kad itu, katanya, menyebabkan pemandu beroperasi seolah-olah secara haram dan tidak boleh mendapat sebarang manfaat, misalnya skim Tayar Rakyat 1Malaysia.

Amran hari ini bersama beberapa aktivis BBPTB bertemu wakil SPAD di UTC, Pudu Sentral, bagi mengajukan isu berkenaan.

Ketua Wilayah Tengah SPAD, Norhaslinda Mohd Ishak ketika ditemui memaklumkan, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang maklum balas kerana perkara itu perlu dirujuk kepada pihak atasan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

AES, Anak Pemimpin umno Jugak Yang Akan Kaya.

| comments


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik (AES).
Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Chang Lih Kang berkata salah satu syarikat yang mendapat projek AES adalah Beta Tegap Sdn Bhd dimana pemegang saham terbesar syarikat itu adalah anak bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong.
Katanya, ibu pemilik saham syarikat berkenaan merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

Manakala katanya, pemegang saham kedua terbesar dikatakan pernah mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Apakah ini secara kebetulan? Kedua-dua kementerian ini di bawah menteri MCA. Apakah ada hubungan rahsia antara pemegang saham kedua terbesar dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau dalam sidang media di lobi Parlimen.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Beliau turut menunjukkan salinan maklumat berkenaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana Redzuan adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, ternyata melalui maklumat ini menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pecah Tembelang, AES Hanya Untuk Kayakan Kroni.

| comments

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, kata Persetujuan Ahli Parlimen BN supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh ialah kerana rahsia kerajaan memberi keuntungan kepada kroni terbongkar.
Betul ke macam tu?, memang "tukanglawan" fikir macam tu pun, selain kayakan kroni, cara itulah duit rakyat dapat dikikis, sudah bagi RM500, ambil balik dari poket rakyat berlipat kali ganda.

Tak munasabah langsung bila letak kamera ni dan tetapkan had laju 60km/h dijalan yang boleh pandu dengan kelajuan 100km/h, ini zaman maju.

kereta sekarang sudah boleh pandu laju, sudah ada ABS, traction control Air bag dah jadi standart dah, pendek kata makin mahal kereta makin selamat, cuma "tukanglawan" tak berapa pasti kereta buatan malaysia yang sengaja jual mahal untuk rakyat sendiri tu, tahap mana keselamatannya.

Agak melampau bila saman ini dijadikan perniagaan, silap sedikit mahu saman, usaha mendidik pemandu tak serius, kalau serius takla banyak kamera AES diletak segenap penjuru, kalau betul serius, buatlah kempen keselamatan, setakat kursus masa nak ambik lesen macam tak lebih dari protokol supaya kos boleh dinaikkan je.

Jujur ke KERAjaan ni dengan rakyat?,  seperti kata Azan Ismail,

“Hentikanlah alasan kononnya kerajaan bantu rakyat, sedangkan dari awal mereka tidak jujur, memang dah tahu tujuan AES hanya untuk mengagihkan keuntungan antara kroni,” 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kerajaan Selangor Tak Hanya Pandai Cakap, Tapi Buat

| comments

Kerajaan Selangor Tterbukti tak hanya Pandai bercakap, Tapi dalam masa yang pantas berfikir , cari jalan dan lakukan apa yang sepatutnya, bukan macam yang satu lagi tu, masalah tak habis-habis, macam mana nak tuntut balik duit lembu RM350 juta pun masih tak tahu.

Kekurangan bekalan air di negeri selangor bukan kerana air takde di negeri Selangor ni, mana mungkin ALLAH turunkan hujan lebat hampir setiap hari tapi dok canang selangor hampir tak ade air, kene import dari Pahang, itu kan tak logik.

Yang tak cukupnya ialah air terawat, bekalan air punya banyak, kesimpulannya tak perlu nak import air, import air pun kene rawat jugak air tu, jadi penyelesaiaan mudah ialah bina loji rawat air.

Kerajaan selangor mahu buka balik satu loji rawatan air yang lama ditutup dulu, kerana apa ditutup?, kerana kerajaan umno masa tu tak pandai jaga kebersihan alam sekitar, sungai yang bekal air tu tercemar teruk.

Dengan Kos antara RM50 juta - RM80 juta yanga kan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Selangor, 
Loji Rawatan Air Bukit Jelutong yang ditutup pada 1995 itu dijangka dibuka semula dalam tempoh enam bulan dan menariknya akan menggunakan teknologi mambran yang nyata lebih menjimatkan dari bina empangan yang kemudiannya akan buat harga air naik.
Dengan pembukaan semula loji itu akan menghasilkan air terawat sebanyak 50 hingga 100 juta liter sehari (mld) dan menampung lebih daripada separuh permintaan air tambahan di Shah Alam.

Nampak tak apa yang kerajaan Selangor buat, bukan setakat pandai cakap, malah dalam tempoh singkat dah dapat solution dan dah nak mulakan projek tu, SYABAS apa solutionnya? masih nak bina empangan jugak? tukar dulu paip-paip karat bawah tanah tu dan perbanykkan paip bawah tanah supaya bekalan air sampai pada pengguna.

Jangan terus jadi kuda tunggangan umno je dengan cuba memburukkan kerajaan selangor yang terbukti lebih dulu bertindak berbanding SYABAS



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kemelut Pemandu Teksi. Tanda Umno Akan Rebah.

| comments

Tindakkan kerajaan dengan merasuh pemandu teksi dengan memberikan tayar percuma nampaknya tidak mendatangkan kesan, bila mereka berang dengan tindakan kerajaan yang dilihat tidak serius menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan memberi amaran, seluruh pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan kepada kerajaan jika Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang tindak balas  menyelesaikan kemelut dihadapi mereka dalam masa 3 minggu. .

“Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia,” kata Amran Janpada sidang media di Parlimen yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat).

Pemandu teksi, Manoharan pula dalam sidang akhbar itu mengecam akhbar The Star kerana memburukkan reputasi pemandu teksi dalam laporannya.

“Rosak imej 100,000 pemandu, kami juga manusia dan ada maruah. Jika kami rosakkan imej negara, bagaimana dengan penindasan berpuluh tahun terhadap kami?” soalnya.

Sementara itu Amran menyifatkan, ‘anugerah’ pemandu teksi terburuk di dunia sebagaimana dinyata dalam akhbar tersebut berpunca dari pengurusan industri teksi paling teruk di dunia.

“Selepas penubuhan Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat), Kementerian Pengangkutan tidak lagi ambil tahu tentang hal ehwal industri teksi.

“Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar pula gagal laksana tanggungjawab dan hanya jadi malapetaka bagi industri teksi…beliau tidak minat untuk selesaikan masalah,” katanya.

Menurut Amran lagi, setiap pertemuan antara pemandu teksi dan Spad gagal menyelesaikan apa-apa masalah.

“Kami diberi alasan lapuk seperti ‘sedang kaji’, ‘akan dipertimbangkan’ atau ‘akan diambil tindakan’…Akhirnya masalah berterusan dan nasib kami masih tetap begini,” katanya.
Kerajaan mula cemas, bayangkan jika semua pemandu teksi menyatakan bantahan kepada KERAjaan, dalam maa yang sama mereka akan berkempen untuk Memenangkan Pakatan Rakyat, sudah pasti Be end akan terus lumpuh.

Nampaknya Umno dan Be end hanya pentingkan kroni besar, manakala masalah yang dihadapai pemandu teksi mereka biarkan saja tanpa ada kesungguhan memperbaiki keadaan, itu perihal pemandu teksi, apakah anda fikir KERAjaan umno be end benar-benar fikir masalah rakyat lain?



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

DBKL Sudah Phobia Dengan Khemah, Bertindak Kejam Pada Penjaja Kecil

| comments


Kira-kira 100 peniaga bersama orang ramai berhimpun di Jalan Tun Sambanthan bagi menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah dan jualan bazar Deepavali di Brickfields.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi, 40 penguatkuasa DBKL gagal merampas kira-kira 30 khemah yang dipasang di sepanjang kaki lima kedai di Jalan Tun Sambanthan.

Peniaga dan orang ramai yang marah tindakan itu melaungkan ‘DBKL balik’, ‘Kami bayar cukai’ dan ’1Malaysia? apa ini!?

Kekecohan hampir tercetus, namun kehadiran kira-kira 20 anggota Polis beruniform dan preman berjaya mengawal keadaan.

Peniaga kemudiannya hanya diberi jaminan lisan oleh DBKL bahawa khemah bazar mereka tidak akan dirampas sehingga Isnin depan.

Seorang peniaga yang ditemui, Nel, 40, berkata, permohonan untuk bazar Deepavali di Jalan Tun Sambanthan bagi tahun ini dibuat kepada DBKL sejak 24 Ogos lalu.

“DBKL tak beri respon. Kemudian kami terpaksa adu pada Perdana Menteri dan Menteri Wilayah (Persekutuan & Kesejahteraan Bandar) Raja Nong Chik, dan timbalannya, M Saravanan.
“Malangnya semua tak layan aduan kami. Sedangkan kami dah ikut semua prosedur. Tolonglah.. Raya Deepavali tinggal dua minggu sahaja lagi,” katanya.

Peniaga turut memaklumkan, rampasan dibuat hanya berdasarkan arahan khidmat pesanan ringkas (sms), tanpa sebarang notis.

Seorang pengunjung, Leonard Nathan, 42, berkata tindakan DBKL merampas khemah dan barang jualan pada awal pagi, kurang dua minggu sebelum sambutan Deepavali adalah ‘kejam’.

“Ini kejam. Bazar ini dah ada sejak tahun 2004. Kenapa tahun ini tak boleh berniaga? Mereka ini semua peniaga kecil. Jangan aniaya mereka.

“Kalau kerajaan kata rakyat didahulukan, janji ditepati, adakah ini tindakan kerajaan? Kerajaan kena ingat. Pilihan raya tak lama lagi,” kata Leonard.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa DBKL, Mohd Irwan Abdullah, ketika ditemui Keadilandaily enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh beritahu. Tak boleh tunjuk dokumen,” kata Irwan.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kerajaan Tersepit, Pemandu Teksi Buat Ancaman

| comments

Satu kumpulan pemandu teksi yang menggelar diri mereka sebagai NGO Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) mengancam untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat sekiranya kerajaan tidak memenuhi 15 tuntutan mereka.

Presidennya, Mohd Ridzwan Mohd Daud berkata kerajaan perlu lebih cakna dengan kebajikan pemandu teksi. 

Beliau mahu kerajaan memberikan permit teksi individu kepada pemandu, bertindak terhadap pendatang asing yang memandu teksi dan menghapuskan sewa teksi pada hari Ahad dan hari kelepasan am.

"Kami mahu kerajaan pertimbangkan bahawa walaupun jumlah pemandu teksi sedikit, katakan 50,000 orang, setiap pemandu teksi akan membawa sekurang-kurangnya 20 penumpang sehari.

"Bagaimana jika duta pelancongan (pemandu teksi) ini menjadi duta Pakatan semasa tempoh kempen pilihan raya?

"50,000 pemandu teksi membawa 20 orang penumpang sehari bermakna satu juta orang (pengundi). Apa-apa pun boleh berlaku dalam tempoh kempen selama dua minggu," kata Ridzwan pada sidang media di pusat operasi PKR untuk parlimen Ampang.


 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar !!! Kamera AES Ambil Gambar Kereta Polis Ditangkap

| comments

Sana sini sekarang sudah ada kamera AES, pantang laju sikit maka saku anda akan bocor, sistem ni bukan kira anda ada kecemasan ke apa ke, janji boleh saman. 

Tak kiralah anda tengah sesak ke, gaji tak masuk lagi ke, tengah pokai ke memang takde tolak ansur dah.. pandai kan KERAjaan nak kikis duit kita lepas ramai yang ambik BR1M walaupun ada yang tak dapat.

Sendiri fikir la, kalau kita senyap je bermaharajalela la syarikat tu kaut untung, diorang tak peduli pun korang, janji masyuk syarikat boleh untung, owner kaya raya....

Alasanya  "untuk mengurangkan kemalangan", sedangkan kita tahu faktor sebenar pemasangannya adalah untuk "kikis duit rakyat" tapi sebab kita ni rakyat kelas bawahan , jangan banyak cakap terima je la...  kita bukan anak pak menteri yang kaya raya.

Kalau kita anak pak menteri pandu kereta mewah keluar masuk disko, apalah sangat setakat saman AES 4-5-6-7 -8 kali sebulan, boleh sattle, silapx2 tengok no plat syarikat yg dok pasang AES pun tak berani nak saman.


Syabas rakyat malaysia, anda dah pilih kerajaan yang betul, memang mengutamakan rakyat, duit dalam poket rakyat tu sangat penting, perlu didahulukan, rakyat dibahalolkan pun takpe.

Senyum, jangan sedih, jom layan video bawah nei .




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Naikkan Harga Rokok,Kerajaan Kaut Untung Dari Ketagihan Rakyat

| comments

Bila KERAjaan beri BR1M rakyat akan gembira sekejap, pencacai akan cium tangan pemimpin umno sampai melekat air liur, tanda bersyukur, malah ada yang mati-mati anggap pemimpin umno ni lah yang menentukan hidup mati mereka.

Bodohnya la rakyat ni bila ingat itu duit pemimpin umno, itu duit yang keluar dari poket rosmah, padahal itu bukan wang najib, bukan jugak wang noh omar, itu duit rakyat yang kita memang berhak dapat, bijaknya pemimpin putar alam bn ni ialah ambil dan duit kita dan kemudia kata dia yang bagi.. yang bodoh akan percasya bulatx2 tanpa fikir.

Padahnya lepas itu semua benda akan naik, minyak naik.. bila minyak naik semua barang ikut naik, gula pun naik harga, semua kuih jadi tawar, air kedai mamak pun naik harga, kerajaan pulak kononnya menasihati rakyat, "hendaklah kita menjaga kesihatan".. sekali lagi si bodoh setuju kata-kata pak menteri yang isteri obesiti kerana lebih makan gula tu.

Terbaru harga rokok naik 20 sen, maka bertepuk tangan la semua, konon kerajaan ni benar mahu kurangkan perokok, itu semua bohong, cuba tanya pada penghisap rokok, berapa harga sekalipun mereka akan beli.Kerana naiknya harga rokok di "wayangkan" dengan alasan kesihatan, maka cerita sebenar duit cukai rokok ini buat KERAjaan kaya tak pulak orang tahu, kerajaan untung banyak dari cukai hasil tembakau, dan cukai arak.


“Menaikkan (harga) rokok dengan niat meraih keuntungan daripada perokok tegar bermakna kerajaan menjadikan golongan ini sebagai mangsa.

“Golongan ini sepatutnya dibimbing supaya meninggalkan tabiat merokok, bukan dijadikan mangsa untuk meraih keuntungan,” tegas Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.berkata, “Kerajaan tidak ikhlas untuk menurunkan tabiat merokok. Sebaliknya, niat utama adalah meraih keuntungan dengan menekan golongan perokok tegar."

“Ia ibarat pengedar dadah yang menasihatkan orang lain supaya jangan menagih dadah, tetapi dalam masa sama membekalkan dadah kepada penagih,” sinisnya.

Apakah itu benar?, jika anda penghisap rokok anda sendiri tahu apakah dengan kenaikkan harga rokok anda akan berhenti beli rokok. jika anda bukan perokok, tanya sahaja sahabat anda yang merupakan penghisap rokok.

Kita yang tertipu, kerana akan nampak bodoh bila bising pasal kenaikkan harga rokok ini, maka lebih ramai yang sanggup diperbodohkan oleh KERAjaan yang bijak mengenakan rakyat untuk tampung kantung kewangan negara yang makin parah nei.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Amaran Buat Syarikat Telco Dan Kerajaan, Tolong Jangan Spam Kami.

| comments (1)

Kadang-kadang seringkali kita mendapat SMS yang entah apa-apa dari syarikat telco, tak kiralah maxis atau celcom atau digi atau apu pun, SMS yang tidak diingini ini cuma mengganggu.

Malah lebih teruk dari itu kerajaan sendiri didakwa telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Itu yang didedahkan oleh anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching mendakwa tindakan syarikat telekomunikasi menghantar lima juta pesanan 'spam' sambutan hari merdeka melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan satu bentuk salah guna kuasa oleh kerajaan.

"Maklumat peribadi diberikan atas keyakinan kepada syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatannya, dan tidak harus diguna untuk tujuan lain tanpa persetujuan pemiliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

NONETeo merujuk kepada jawapan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di parlimen bahawa kerajaan menghantar 5,782,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung sambutan hari Merdeka melalui perkhidmatan Celcom, Maxis, DiGi and U-mobile.

Parlimen juga dimaklumkan bahawa ia melibatkan kos sebanyak RM332,599.
 

Jadi amaran untuk syarikat telco dan kerajaan, anda tidak boleh sewenang-wenangnya Spam kami dengan menghantar SMS yang kami tidak ingini, berhentilah sebelum ada yang ambil tindakan kelak.
 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Betul Ke Kedai 1 Malaysia Murah?

| comments

Betul ke kedai 1 malaysia yang dicanang-canang sebagai kedai rakyat lebih murah? tengok gambar bawah nei

takde la murah sangat mcam yang dok dicanang-canang tu, Giant Hypermarket jual gula sekilo lagi murah dari yang kedai 1 malaysia jual.

Kah..kah..kah, kene kelentong agaknya, tu pasal gula dekat kedai 1 malaysia tu habis, sebabramai yang tertipu sebab ingat murah.





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit