Politik Mafia Cuba "takutkan" Penganjur Himpunan Pengerang

| comments

Nampaknya "puak" seblah sana sangat takut sebenarnya dengan himpunan Hijau Lestari Pengerang.  Kurang 24 jam sebelum perhimpunan menentang projek petrokimia di Johor, seorang penganjur menemui sebuah beg plastik berisi bangkai ular di depan rumahnya.

Jelaslah mereka yang melakukan ini sedang dalam ketakutan yang amat sangat, bukankah kebiasaan mereka yang cuba "menakut-nakutkan" orang lain hanyalah manusia yang sudah tidak dapat mengawal ketakutan dalam diri sendiri.

Bangkai ular yang kepalanya hampir terputus itu ditemui diletakkan bersama risalah yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu di Pengerang esok.

Bendahari gabungan NGO Pengerang Chua Peng Sia berkata, timbalan setiausaha kumpulan itu Goh Wan Ting ketika menjumpai beg itu tetapi tidak berani membukanya.

Goh kemudiannya menghubungi seorang lagi anggota jawatankuasa r Hong Thian Hwa untuk membantu meneliti kandungan beg itu.

"Goh hanya beritahu saya beg itu lembut dan lembab ketika disentuh.

"Apabila saya buka beg itu, ada ular sawa dan beberapa keping risalah perhimpunan,
" katanya.

Bukankah tindakan meletakkan bangkai ular ini boleh dilihat sebagai satu "ugutan", kita tahu rata-rata rakyat menolak politik murahan dan bersifat ala "mafia" seperti ini.
pengerang himpunan hijau logo 
Persoalanya apakah polis akan mengambil tindakan, menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab, atau merelakan sahaja politik kotor ini berlaku kerana mereka dikuasai "tangan-tangan" ghaib yang mereka sifatkan "itulah tangan yang menjamin perut mereka berisi, menjamin mereka hidup atas bumi ALLAH ini?".

Atau kita akan terus melihat politik ala "mafia" terus subur dinegara kita kerana BN sedang dalam "nazak" menghadapi detik kematian.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit