Pilih Pakatan Rakyat Selangor atau Pilih Syabas ?

| comments

Kita cerita pasal air di petang yang mendung ini... lagi isu air la.. entah tak tahu dari mana puncanya tiba-tiba muncul kononnya selangor perlu diselamatkan segera... negeri itu alami krisis air dan "kerajaan negeri" perlu ditukar pada PRU nanti, noh omar atau khir toyo perlu diangkat jadi menteri besar segera... (BACA SINI DAN LIHAT UMNO KEMARUK)

 Inilah isu paling bodoh digunakan untuk burukkan kerajaan Pakatan Selangor, semua orang tahu ini bukan musim kemarau, saat artikel ni "tukanglawan" tulis. dekat luar sedang hujan.. macam mana empangan boleh dikatakan nak kering ( kemudian puak itu tukar pulak, kata yang tak cukup ialah bekalan air) (AIR EMPANGAN KERING ?) (DAH TAK KERING PULAK?)

Siasat punya siasat rupanya air banyak, tapi tidak sampai kepada pengguna bila paip yang sepatutnya dipasang syabas sendiri tak cukup (LIHAT PENJELASAN DISINI) . 

Masih tak paham ke, baca contoh mudah dalamcerita pendek dibawah
Nazib ( bukan nama sebenar ) seperti anak zaman sekarang suka kelihatan hebat, menggunakan kereta proton wira "keluaran" malaysia yang dibelinya dengan harga lebih mahal dari pembeli di Australia dia tidak mahu kalah. nazib tukar enjin keretanya, dia sudah pakai turbo dan terpaksa guna ron 97, tapi bila dia cuba test kereta tu enjin rasa sangkut-sangkut... macam ade masalah, dia marah sana, marah sini, kata kedai jual enjin menipu, mati-mati dia mahu saman penjual enjin yang sudah baik hati beri "discount " pada nazib itu...........tak puas hati bila check punya check punya check enjin ok minyak gred bagus.. masalahnya fuel pump ( pam minyak ) standard punya pomen tak tukar,,... minyak tak sampai ke enjin dalam jumlah sepatutnya....
Itulah perumpamaannya, air banyak, sebenarnya tidak langsung timbul isu air cukup atau tidak, yang jadi isu bukan kerajaan negeri bagus atau tidak ( sudah beri perkara paling asas .. masih tidak perihatin pada rakyat ka?, TIDAK PERNAH PULA MAHU MINTAK RAKYAT KENANG BUDI. lainlah umno yang mengungkit sana sini ) tapi kenapa bekalan air yang banyak itu tidak sampai? dimana sebenarnya masalah utama?

JIka anda baca satu persatu dan renungi isu air ini, maka anda dapat rasakan sesuatu yang pelik, kerajaan selangor ambil sejumlah air dari SYABAS (bayar) dan beri secara percuma kepada rakyat... sedangkan SYABAS tak pernah pun beri seperti apa yang kerajaan Selangor beri kepada rakyat,

Jadi kenapa pula kerajaan negeri selangor mahu disalahkan, kenapa kita terpedaya dengan dakyah umno yang tak pernah pun buat apa yang kerajaan negeri buat? kenapa mahu tukar kerajaan sedia ada? sedangkan ia lebih baik dari kerajaan terdahulu yang terbukti hasilkan ramai "menteri besar dan pemimpin umno kaya raya"

Kecualilah anda gila, anda akan memilih puak yang cuba sedaya upaya menghalang pemberian air percuma oleh kerajaan negeri kepada rakyat, kecuali anda sudah tidak waras.. anda akan mengundi umno supaya usaha SYABAS untuk bina empangan Langat 2 itu terlaksana...

Sekarang pilih Pakatan Rakyat terus terajui selangor.. atau pilih saja SYABAS yang terus-terusan jadikan rezeki ALLAH kepada manusia sebagai bahan dagangan dengan untung berlipat-lipat kali ganda lebih dari apa yang sepatutnya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit