Kanak-kanak maut dihempap van

| comments

Seorang kanak-kanak maut dihempap van dalam kemalangan yang membabitkan sebuah van terbalik di Kilometer 254.1 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Seremban pada 25 januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, van dinaiki sembilan sekeluarga terbalik selepas terbabas menyebabkan kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Danish Abdul Latif, 6 tahun meninggal dunia akibat tercampak keluar dan dihempap van dinaiki keluarga terbabit.

Suhana Sofia Omar, 27, ibu saudara kepada mangsa berkata sebaik sahaja van dinaikinya terbalik keadaan menjadi panik serta gelap, “Keadaan masa itu kelam-kabut. Kami memanggil antara satu sama lain,” beliau turut memanggil satu persatu penumpang dalam van, termasuklah memanggil Danish

Namun, saya tidak mendengar sebarang sahutan daripada Danish sehinggalah saya berjaya merangkak keluar menerusi tingkap van yang pecah dan mendapati Danish sudah pun terkulai layu terhimpit di bawah van,
Danish meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala lapan lagi penumpang van termasuk ibu mangsa, Zurina Omar, 36, yang sedang hamil hanya cedera ringan.

"tukanglawan" mengucapkan takziah buat keluarga mangsa dan marilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat adik Danish..semoga roh arwah di cucuri rahmat.. Amin
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit