Gempa Bumi melanda Ahar kira-kira 58 kilometer ke Timur Laut Tabriz, daerah Azarbaijan timur Iraq semalam.
Kejadian yang mengorbakan 300 orang dan mencederakan ribuan mangsa lain itu berlaku pada pukul 4.54 petang waktu tempatan ketika umat Islam di Iran sedang membuat persiapan untuk berbuka puasa, diikuti gempa kedua 11 minit kemudian.
Gempa bumi pertama mengegarkan wilayah itu dengan magnitud 6.4 dan gegaran kedua pada ukuran 6.3 memusnahkan enam buah kampung emanakala 110 lagi mengalami kerosakan teruk.
Angka kematian dijangka akan bertambah kerana masih ramai lagi mangsa tertimbus dan ada antara mangsa yang sedang dirawat mengalami cedera parah dan dalam keadaan kritikal.
Sementara mangsa yang terselamat kini dipindahkan ke khemah perlindungan sementara.
Iran terletak dalam garis gelinciran utama dan mengalami beberapa gempa bumi dahsyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk gempa dengan magnitud 6.6 pada 2003 yang meranapkan bandar tenggara bersejarah di Bam dan mengorbankan lebih 25,000 penduduk.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.