Zunar Menang Lawan Kerajaan Umno Di Mahkamah

| comments

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan memulangkan semula rampasan kesemua buku kartun dan membayar ganti rugi kepada kartunis politik Zunar atau lebih dikenali Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dalam kamarnya pagi tadi.

Zunar memfailkan saman sivil itu pada 15 Jun tahun lalu terhadap polis dan empat defendan lain termasuk kerajaan Malaysia.

Ia dibuat ekoran penangkapan tidak sah terhadap beliau dan rampasan 66 naskah Cartoon-O-Phobia serta karya seninya pada 24 September 2010. Beliau turut ditahan di bawah Akta Hasutan.

Beliau menamakan pegawai yang menahannya, ASP Arikrishna Apparau; Pegawai Penyiasat, ASP Marina Hashim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam saman tersebut, beliau menuntut ganti rugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan.

Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany dan diwakili peguam N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri  (antara peguam paling top sekarang)



KERAjaan Umno Barisan nasional makin lemah, jika esok pilihanraya diadakan, nescaya esok atau awal pagi lusa umno akan bergelar pembangkang. percaya tidak.. tanya najib yang sedang berpeluh dahinya tu.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit