Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Ahbar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Ahbar. Papar semua catatan

Kenyataan Media, AMK Desak Tangguhkan AES

| comments

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Desak Kong Cho Ha Tangguh AES

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha agar menangguh segera perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah kuat ditentang oleh pelbagai pihak termasuk pihak parti pemerintah sendiri.

Sejurus Pemuda UMNO dan CUEPACS yang ikut bersama Pakatan Rakyat yang mendesak agar AES ditangguh, Kong Cho Ha dinasihat supaya tidak lagi degil mempertahankan pendiriannya yang menswastakan kuasa penguatkuasaan yang jelas berpihak kepada syarikat swasta.

Walaupun Kong Cho Ha berjaya selamat diri daripada usul potong gaji menteri yang ditolak oleh Speaker Dewan, tetapi prestasi Kong dalam mentadbir Kementerian Pengangkutan memang lembap dan banyak dipertikaikan.

AMK berpendapat bahawa sejak Kong mengambil alih jawatan daripada bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat, isu skandal PKFZ yang melibatkan billion ringgit tidak ditangani malah diabaikan. Dalam isu tender nombor pendaftaran kenderaan WWW pula, Kong tidak berupaya menunjukkan kelayakan seorang menteri yang berkaliber serta pro-rakyat. Lebih mendukacitakan adalah Kong hanya beria-ria dalam perlaksanaan AES.

AMK mempersoalkan kedegilan Kong untuk mempertahankan penswastaan penguatkuasaan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya. Apakah Kong tidak mengetahui faktor utama kemalangan jalanraya bukannya kerana kelebihan kelajuan? Mengapakah Kong tetap mempertahankan dua syarikat swasta yang jelas beroperasi berasaskan keuntungan? Akhirnya rakyat yang akan menderita daripada perlaksanaan AES.

AMK menegaskan bahawa penswastaan penguatkuasaan akan menimbulkan implikasi yang buruk. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, segala pengurusan awam serta ketanggungjawaban tidak wajar diswastakan kerana ia akan menjadikan Negara dikawal oleh syarikat swasta.

AMK mengalu-alukan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Tindakan tersebut bukan sekadar meringankan beban rakyat yang semakin berat, malah menghentikan sebarang usaha menswastakan kuasa penguatkuasaan.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, sesiapa yang ingin mendirikan sebarang struktur dan bangunan di dalam lingkungan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan mesti memperolehi kebenaran atau permit dahulu.

Maka AMK mencabar parti-parti UMNO/BN khasnya Pemuda UMNO untuk mengikuti jejak Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri pentadbiran UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru Pemuda UMNO dan parti-parti komponen BN agar tidak hanya mengaut publisiti politik murah dengan desakan tangguh AES, malah mencontohi negeri Pakatan Rakyat yang menangguh AES dan seterusnya mewujukan negeri yang bebas daripada cengkaman AES.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Polis Diam membatu Bila Puak umnoBuat Provokasi.

| comments

28 Oktober 2010
Kenyataan Umum SAMM

Pada 27 Okt.kira kira jam 8.45mlm saya hadir ke MARKAS PAS Bandar Seri Alam,Masai. Prog Ceramah Umum PR anjuran DAP-PR

Ketika saya sampai dan duduk dikawasan yg dijadikan Pentas seorang yg saya pasti anggota Polis dtg memasang kamera di depan rostrum.

Sebaik sahaja prog hendak dimulakan jam 9mlm dari Balai Raya berdekatan (50meter) mereka yg dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai Umno memasang speaker besar dgn kuat memainkan rakaman ceramah. Dengan jelas cuba ganggu ceramah.

Menurut penganjur mereka telah memaklumkan kpd polis dua minggu awal secara bertulis dan program PR mendapat kebenaran pihak polis.

Jelas tindakan memasang speaker dgn nada amat kuat utk ganggu ceramah PR dan membuat provokasi. Kami cuba berbincang,namun malangnya hanya ada sekitar 10-12 org remaja termasuk seorang perempuan menguncikan diri mereka dlm balai raya membalas dengan teriakan dan perkataan lucah.

Penganjur membuat panggilan kpd polis, saya sendiri cuba menelefon polis tp jaminan utk datang tidak ditunai. Malah anggota polis dicari dikawasan ceramah yg beruniform semua hilang, ada yg tidak beruniform hanya membatukan diri.  Tiba masa saya berucap,umno tinggikan lagi volume suara.

Keadaan mula tegang..saya bertanya kepada anggota polis sila muncul kita perlu bincang. Ada org yg menunjukkan kamera dengan mengatakan mesti ada polis dia pasang kamera ini tadi.

Saya tanya 3 kali dan waktu jarak untuk minta polis tampil ke depan. Org ramai sahut dan turut teriak panggil polis. Seorang pun tak muncul. Ada yg mula rapat dgn kamera polis dlm keadaan marah.

Saya minta semua petugas SAMM kedepan kawal keadaan. Provokasi umno berterusan tp saya kawal kerana jika bergaduh tentu remaja yg dibuat umpan oleh Umno itu teruk dipukul malah kamera polis juga mungkin dirosakkan.

Saya minta kamera polis itu ditutup/lipat dan diselamatkan. Saya meninggalkan lokasi ceramah awal utk ke satu lagi lokasi di Taman Dahlia.

Saya akan menyerahkan kamera tersebut melalui satu laporan polis siang nanti. Dalam perjalanan pulang ke Seremban saya dihubungi perbagai anggota Polis dari Pegawai bertugas, Timbalan OCPD, Datuk Ramli (KCK Johor). Meminta saya memulangkan kamera. Mereka kebanyakan tidak ada di lapangan keliru. Isunya bukan saya curi tp semalamatkan. Mereka kata ada anggota lihat saya yg bawa kamera pergi. Ini bermakna ada anggota polis yg sengaja biar dan diamkan provokasi umno maka bila termakan provokasi PR akan dipersalahkan.

Saya rakam simpati dgn anggota polis yg kena bertugas ikut telunjuk Umno. Ramai yg hadir dan semua rasa kecewa Umno diberi peluang dan dilindungi untuk membuat kecoh.

Laporan polis saya menyerahkan kamera video tersebut akan membuktikan anggota polis hadir ttp diam saja melihat provokasi Umno...

Saya simpati dan InsyaAllah dibawah PR nanti institusi polis akan dibebaskan dari tekanan politik.

Sekian

cheGuBard
Dalam perjalanan pulang melepasi ayer keroh. 2.10pg
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Teknologi Mambran Lebih Murah Berbanding Langat 2

| comments

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak diberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai teknologi penapis air membran apabila mendakwa teknologi ini tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air.

Mungkin tujuh tahun lalu teknologi penapis air membran ini mahal kerana baharu diperkenalkan tetapi sekarang tidak lagi. Teknologi ini sangat kompetitf dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.

Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan taklimat terperinci mengenai penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang.

Menerusi teknologi ini, Negeri Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang. Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada.

Penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2.

Purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu ‘hilang’ atau Non Revenue Water (NRW). Justeru, teknologi ini mampu menampung tambahan keperluan satu juta meter padu setiap hari.

Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham mengenai teknologi ini, kita sedia memanggil perunding daripada Kanada untuk memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Kerajaan Selangor mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak menentang Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.

Penyusunan semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang membolehkan pengguna di Selangor dan Lembah Klang menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisen pada harga munasabah.

Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
23 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Digelar "Pengkhianat" Kerana Bocor Maklumat Penyelewengan?

| comments

Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel itu berada.

Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan penyelewengan sebagai tali barut. 

Ini satu penghinaan. Ini juga boleh disesuaikan sebagai contoh sekumpulan penyamun yang melabel ahli kumpulan mereka sebagai tali barut kerana membocorkan maklumat samunan mereka.

Tanpa menafikan bahawa sememangnya wujud kakitangan awam yang membocorkan maklumat penyelewengan kepada perbagai pihak, malah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri dalam banyak keadaan berurusan dengan ramai pegawai kerajaan dalam usaha membongkar penyelewengan dalam negara.

Namun adakah mereka yang membocorkan maklumat penyelewengan ini wajar digelar tali barut? Seharusnya mereka digelar ‘hero rakyat’. Contohnya pegawai kastam yang membekalkan fail kemasukan cincin RM24.45 juta (yang telah dibongkarkan sebahagianya) dan banyak lagi barang mewah berkaitan Rosmah (yang fail-fail ini masih tersimpan), adakah ia wajar dilabel tali barut?.

Pegawai Kerajaan itu sendiri tidak tahan melihat bagaimana pemimpin negara yang kononnya bersifat ‘wasatiyah’ namun sangat membazir bermewah ketika majoriti rakyat sangat susah. Ini sesuai dengan amanah mereka menjaga negara.

Menuduh ‘pembongkar maklumat penyelewengan’ menerima habuan ialah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Pegawai kerajaan yang mendedah maklumat penyelewengan ialah antara mereka yang sedar dan insaf betapa negara ini perlu diselamatkan. Mana mungkin mereka juga punya sikap seperti koruptor yang dibongkar mereka? Usaha melebel mereka menerima habuan hanyalah usaha menyelamat regim yang dibongkar penyelewengan mereka.

Pegawai Kerajaan yang tampil membekal maklumat penyelewengan ini bukan sahaja mereka yang berani menyalur maklumat malah SAMM sendiri pernah menerima sampul surat dokumen membongkar penyelewengan dengan wang tunai RM500.00 . 

Menurut pembekal maklumat tersebut gunakan wang tersebut untuk duit minyak dan sebagainya untuk membongkar penyelewengan dan menyelamatkan kepentingan rakyat dari diselewengkan.

Dalam isu pembelian kapal selam contohnya SAMM yakin mana mungkin pegawai kerajaan semuanya diam apabila ia melibatkan pembaziran wang rakyat bukan itu saja lebih serius ia melibatkan penjualan maklumat ketenteraan negara kepada pihak asing.

Jangan terkejut dalam perbagai agensi kerajaan sudah ramai pegawai tinggi yang sudah sedar dan mula tampil ke depan. Ini juga hasil dari kesedaran bahawa perubahan tampuk pemerintahan mungkin terjadi. Hanya wujud segelintir pegawai yang masih bersungguh – sungguh mempertahankan korupsi dan penyelewengan yang wujud di atas kepentingan tertentu.

Kepada semua pegawai kerajaan SAMM menyeru, bangkit dan tampillah dengan berani. Sama ada terang – terang atau menyembunyi identiti bersama dengan gelombang rakyat membongkar penyelewengan dan menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa jasad kerajaan itu yang sebenarnya perlu diselamatkan, bukan parti politik atau individu tertentu.
Mempertahankan kerajaan ialah mempertahankan kepentingan rakyat dan negara tercinta. 

Di depan kamu ada pilihan jelas ikut jalan yang rutin melindungi semua aktiviti memusnahkan negara atau buat jalan sendiri seterusnya menyelamatkan negara dan akan dikenang dalam sejarah anak cucu sebagai hero rakyat yang sebenar.

Badrul Hisham Shaharin @ CheGuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenyataan Akhbar AMK Selangor- Isu Umno - DAP - MCA

| comments

Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor. 

AMK Selangor begitu kesal kerana Datuk Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Saya berpendapat rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.

Justeru kenyataan Datuk Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil. Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri.


DESAK UMNO NYATAKAN PENDIRIAN, SINGKIR MCA DARI BARISAN NASIONAL

Maka sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen Barisan Nasional juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka.

AMK Selangor menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap flip flop dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘ abang besar’ dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Rasmi Agama Islam di negeri ini.

Justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.

AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu privileges bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Belia Penggerak Kebangkitan Masa Depan

| comments

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) percaya pada Marcapada, peredaran zaman memerlukan belia untuk mengharungi kehidupan dengan lebih cergas dan proaktif. Arus pemodenan ketika ini diperderas dengan memaksimumkan minda ke tahap yang lebih kritis. Belia harus mengambil peluang dalam arus ini untuk bangun dan bawa perubahan kepada negara.

Banyak informasi yang dapat dimanfaatkan belia dipaparkan dalam media massa, tentang kebobrokkan dan kezaliman oleh pemerintah kepada rakyat. 

Di seluruh dunia, terutama di Mesir, yang menjadi penggerak utama kepada naik dan jatuhnya sesebuah kerajaan. Belia adalah nadi kepada negara, pasak yang mendukung aspirasi negara, malah Imam Syafie pernah menyebutkan, “Jika mahu lihat masa depan sesebuah negara, lihat anak mudanya sekarang

Selari dengan ayat daripada al-Quran, surah al-Kahfi, menjelaskan (13)

“Kami ceritakan kepada engkau cerita mereka dengan sebenarnya. Sesungguh-nya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhannya, dan Kami beri mereka tambahan pimpinan” disambung dengan ayat berikutnya (14) “Dan Kami teguhkan hati mereka, ketika mereka berdiri dan berkata: Tuhan kami ialah Tuhan langit dan bumi, kami tiada memuja selain daripada-Nya. (Kalau kami sembah selain Allah), tentulah kami mengatakan perkataan yang salah.”

AIC meyakini pencerapan daripada kedua-dua ayat tersebut adalah, anak muda harus menjadi kental, harus keras dan berani untuk tolak kezaliman, tolak rasuah, jangan takut kerana Tuhan pasti bersama orang yang benar. Jiwa anak muda yang taat kepada agama sudah tentu akan menitik beratkan integriti dan nilai yang positif. Tidak harus ada kegoyahan kepada ugutan dan kekerasan yang dilontarkan penzalim.

Pastinya ramai anak muda yang tidak menyedari hakikat tentang hak-hak mereka yang diabaikan kerana terleka dengan ‘keselesaan’ palsu yang dihidangkan kerajaan Barisan Nasional. Adakah itu jenis anak muda yang ingin dihasilkan oleh Malaysia?

Anak muda harus berada di barisan hadapan, menjadi ‘whistle blower’ didalam negara, iaitu menjadi penggera kepada setiap perkara yang memberi impak buruk kepada negara. Hingga satu tahap, selayaknya anak muda bakal dijadikan kayu pengukur kepada kecemerlangan negara.

Selain itu anak muda harus meletakkan idea mereka pada tahap yang boleh dibanggakan, merebut peluang untuk jawatan penting dalam komuniti, kerana sudah menjadi norma masyarakat di Malaysia yang hanya menerima pendapat dan idea daripada individu yang berpengaruh atau berjawatan. Menjadi sia-sia apabila sebuah idea yang bagus menjadi kurang kredibilitinya kerana individu yang melontarkan idea itu tidak berpengaruh atau berjawatan.

Terutama dalam isu jaminan kehidupan, kestabilan dan keselesaan belia, sekalian anak muda telah muak dengan pelan jangka masa pendek yang dihulurkan oleh sang kapitalis yang akhirnya menjerut leher anak muda, sebagai contoh PTPTN. Asalnya sebagai pelan untuk membantu anak muda untuk belajar, namun modus operandinya adalah untuk mengaut keuntungan dan menguntungkan kapitalis. Anak muda yang baru menamatkan pengajian membawa pulang gulungan sijil beserta setimbun hutang yang akhirnya akan melambatkan tingkat hidup anak muda.

Oleh itu, AIC menggesa agar semua anak muda untuk bangkit dan tolak kezaliman demi membebaskan jiwa dan naluri anak muda. Bangkit menentang kezaliman pemerintah. Isu anak muda bukan sahaja berkisar di PTPTN, AUKU yang menyekat pemikiran mereka, menyekat kebebasan anak muda untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi juga kesengsaraan sekeliling yang meruntun perasaan . Jiwa anak muda memang fitrah mereka (seperti yang disebutkan dalam surah al-Kahfi) untuk menolak segala bentuk penindasan.

AIC melihat segala bentuk program yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Himpunan Jutaan Belia 2012 sebagai tidak mencerminkan pembentukkan belia yang kita impikan untuk masa depan negara. Kejahilan dan kematangan akal tidak boleh bergerak seiring, maka penganjuran sesebuah program yang “berniat” baik tidak akan mencapai sasaran dengan pengisian aktiviti yang menjurus ke arah lara dan melalaikan.

Justeru AIC menyeru agar semua belia menjadi ejen perubahan yang akan menganjak pemikiran dan daya anak muda ke satu tahap yang lebih dihormati bukannya menjadi penerus pada sisi gelap yang memperbodohkan minda dan mencengkam perlakuan belia sehingga kehilangan kehebatannya.

Generasi Penggerak Zaman
Ahmad Amir Arshad Ahmad Shariman
Koordinator Pembangunan -Belia
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

AIC Selar Fitnah Jahat Terhadap Azmin Ali

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang tinggi kepada keampuhan semangat dan iltizam politik Yb Mohamed Azmin Ali yang tetap berdiri teguh serta istiqamah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan meskipun cuba diheret oleh Umno ke dalam kancah politik fitnah dan kebiadapan lucah baru-baru ini.

AIC pada masa yang sama menyelar Utusan Malaysia dan rangkaian Media Prima yang terus bermodalkan fitnah serta kelucahan sebagai pelaburan terbesar Umno BN menghadapi amarah rakyat terhadap kegagalan pentadbiran mereka termasuk isu nasional seperti Bersih 3.0 serta isu antarabangsa berkaitan skandal Scorpene.

AIC ingin mempersoalkan tanggungjawab Utusan Malaysia sebagai akhbar yang sanggup menggadaikan daya fikir anak-anak muda dengan menyiarkan berita yang belum pasti sahih, dan tindakan ini sama tidak bermaruah dengan keghairahan Buletin Utama milik TV3 mengheret ibu Yb Mohamed Azmin bagi tujuan melaga-lagakan keharmonian keluarga beliau.

Modus operandi dua media yang hina ini amat jelas, sebagai media tunggangan kepada Umno BN yang cuba menganggu kosentrasi Yb Mohamed Azmin yang dilihat begitu cemerlang untuk sekali memimpin jentera pilihanraya PKR khususnya mencipta kemenangan yang gemilang pada Pilihanraya Umum akan datang.

Syabas diucapkan kepada semangat Yb Mohamed Azmin yang menjadi sumber inspirasi kepada anak muda, betapa nawaitu dan niat perjuangan yang begitu ampuh pasti sukar diganggu gugat walaupun seribu cabaran yang dihadapi.

Anak-anak muda pastinya memandang tinggi atas komitmen Yb Mohamed Azmin ini, dan akan menghumban budaya fitnah dan lucah tersebut sekaligus menguburkan Umno BN.

Justeru, AIC percaya kebiadapan Umno BN ini sudah sampai kepada noktahnya. Utusan Malaysia dan Buletin Utama boleh terus menyalak, tetapi sedarlah hakikatnya salakan kedua-dua media ini tidak lagi memberi impak kepada rakyat yang bijaksana dan akan mereka akan memilih untuk mengangkat Pakatan Rakyat sebagai pentadbir baru di Putrajaya.

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

MENGAPA POLITIKAN FATWA ?

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Parti Keadilan Rakyat berpendapat bahawa perkara yang berkaitan dengan hukum hakam agama hendaklah dibahaskan di kalangan mereka yang berkeahlian dalam bidang berkaitan untuk mengelakkan salah faham kepada masyarakat umum. Oleh sebab itu ulama yang jujur kepada hukum agama dan yang memelihara kemurnian hukum Islam serta menjaga martabat dan maruah umat akan memberikan pendapat tanpa takut ancaman pada diri atau mengambil kira kepentingan mana-mana kelompok.

Bagi menentukan sesuatu hukum atau fatwa terdapat beberapa kaedah dan caranya. Mungkin pendapat atau pandangan itu berbeza, mengikut keadaan semasa dan persekitaran. 

Hukum boleh berubah dengan peredaran zaman. Biasanya sesuatu fatwa yang diberikan mesti mendapat pandangan dari pelbagai pihak, pakar dalam sesuatu perkara serta membuat rujukan dari pelbagai sumber yang sahih lagi tidak dipertikaikan. Sebagai contohnya , untuk mengeluarkan fatwa dalam bidang perubatan, pakar perubatan dalam bidang berkaitan mesti tampil memberikan keterangan dan pandangan dalam mesyuarat J/kuasa Fatwa tersebut, walaupun dia adalah bukan muslim.

Dalam konteks masyarakat Islam sekarang ini, fatwa sangat diperlukan dan penting bagi mengetahui satu-satu hukum syarak dengan tepat dan benar. Hukum fatwa mengikut pandangan kebanyakan ulama adalah fardhu kifayah.

Hal ini kerana fatwa termasuk sebahagian daripada keperluan agama yang sepatutnya dan semestinya wujud demi maslahah dan manfaat umum. Dengan adanya fatwa, masyarakat dapat menyelesaikan banyak masalah dan kemusykilan hidup yang berkaitan dengan agama.

Apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. 

Fatwa ini telah menimbulkan pelbagai reaksi serta komentar dari pelbagai lapisan masyarakat.:-

i) Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil pandangan dari pelbagai pihak yang terlibat dalam himpunan aman Duduk & Bantah pada 28 April lalu. Antara yang perlu memberikan keterangan dalam mesyuarat J/Kuasa Fatwa ini adalah:-
a) Menteri dalam negeri yang menyatakan himpunan ini tidak mengancam keselamatan negara.
b) Polis Diraja Malaysia.
c) Peguam yang terlibat atau Majlis Peguam.
d) Penganjur.
e) Media yang membuat laporan.
f) Parti-parti politik yang terlibat mengarahkan ahli berhimpun.
g) Badan-badan bukan kerajaan.
h) Individu-individu tertentu.
i) Suhakam (dalam konteks kebebasan hak asasi manusia).
ii) Mengapakah fatwa ini dikeluarkan dalam keadaan yang tergopoh gapah dan menyatakan pandangan dari sebelah pihak sahaja, seolah-olah untuk menyokong pandangan pihak tertentu dan mencela pihak yang satu lagi.
iii) Membandingkan fatwa yang diberikan oleh Prof. Dr Yusof Al-Qaradawy mengenai himpunan di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir yang mewajibkan semua rakyat turun. Serta berlaku pelbagai kegananan, kerosakan harta benda , kerugian perniagaan dan kematian. Namun menjatuhkan kezaliman pemerintah yang diktator, rasuah, rakus dengan kuasa, bersifat menindas, ketidakadilan lebih diutamakan daripada mengharamkan demonstrasi itu sendiri.




Sesuatu fatwa yang dikeluarkan boleh di batal dengan fatwa yang terbaharu setelah mendapat pandangan atau maklumat yang terkini, bukannya mahkamah yang membatalkan pandangan fatwa tersebut, seperti yang dibentangkan dalam enakmen bagi menghalang mahkamah daripada merubah keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri yang telah diwartakan dalam DUN Kedah baru-baru ini. Hanya Majlis Fatwa yang boleh merubah fatwa yang telah dikeluarkan.

Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi ‘Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.

Memandangkan pentingnya kedudukan fatwa dalam Islam, maka para ulama membincangkan persiapan yang perlu ada pada orang yang ingin berijtihad dan memberi fatwa. 

Daripada huraian yang dibuat oleh imam-imam mujtahid seperti Syafiei, Malik, Ahmad dan lain-lain, Prof. Dr Yusof Qaradawi merumuskan seperti berikut:

Tidak harus memberi fatwa bagi mereka yang tidak mahir dalam ilmu Usul Fiqh; tentang qias dan illatnya, dan bila qias boleh digunakan. 

Begitu juga tidak harus memberi fatwa mereka yang tidak mengkaji pendapat-pendapat ulama dalam kitab-kitab mereka, dalil-dalil yang digunakan serta masalah-masalah yang terhadap persepakatan dan perbezaan pandangan mereka (Dr Yusof al-Qaradawi, al-Fatwa).

Inilah diantara beberapa persoalan yang masih berligar dalam isu pengharaman Himpunan aman BERSIH 3.0 yang lalu. Oleh itu, fatwa yang diberikan biarlah bebas dari pengaruh mana-mana pihak , supaya mempunyai nilai dan integriti serta kekuatan yang tersendiri, maka saya mencadangkan supaya Majlis fatwa kebangsaan bersidang semula dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat dalam himpunan aman BERSIH 3.0 memberikan pandangan mereka secara lebih jujur dan telus.

Sekian,

YB Hj Ahmad bin Kasim,
(Ahli parlimen Kuala Kedah)
Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kenyataan Media AIC isu Perletakkan Jawatan Sharizat

| comments

Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini ingin memberi respon terhadap polemik perletakkan jawatan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April 2012 seperti yang diumumkan hampir semua media cetak dan elektronik serta portal-portal media. 

AIC percaya semua ini adalah polemik semata-mata kerana sebenarnya tarikh 8 April 2012 itu adalah tarikh akhir penggal bagi jawatan Senator yang dilantik oleh Dewan Negara, yang sekaligus memberi ruang kepada Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk menjawat jawatan Menteri penuh berikutan kekalahan beliau pada Pilihanraya Umum ke 12.

AIC membidas laporan-laporan akhbar pro kerajaan yang menjadikan tempoh tamat tugas Senator ini sebagai satu ‘pengorbanan’ oleh Shahrizat Jalil, sedangkan isu sebenar penyelewengan wang rakyat untuk Projek Fitlot Kebangsaan bernilai RM 250 juta tidak pula dihebahkan. Malah penafian Shahrizat bahawa ‘perletakkan jawatan’ ini bukan kerana kaitan NFC adalah sama sekali lemah kerana sebagai seorang isteri dan ibu kepada ahli lembaga pengarah NFC, amatlah mustahil beliau tidak mengetahui segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh NFC terhadap wang rakyat itu.

AIC ingin mempersoalkan jika benar Shahrizat tidak tahu hal keluarga sendiri, maka atas kriteria apakah pemilihan beliau sebagai Menteri yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Maka ini meyakinkan kita bahawa bukan sahaja penyelewengan wang rakyat berlaku, tetapi kerajaan berniat juga membodoh-bodohkan pemikiran dan menghina rakyat dengan cubaan mengelirukan fakta sebenar.

AIC mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap keluarga Menteri terbabit dan bukan setakat mengkambing hitamkan sesetengah pihak dalam NFC. Sebagai sebuah pertubuhan anak muda, AIC tidak mahu terus menerus sistem perundangan diperolok-olokkan hanya demi menjaga kelangsungan sebuah parti tua seperti Umno BN yang jelas telah mengkhianati amanah rakyat.

AIC percaya seluruh rakyat terutama anak muda telah bersedia untuk menghukum kerajaan yang jelas mengamalkan korupsi dan penyelewengan. Anak-anak muda memerhatikan isu dan polemik ini dengan penuh rapat dan minat. Sebarang usaha memperbodoh-bodohkan pemikiran anak muda pasti akan mendapat balasan setimpal dan negara telah bersedia untuk menggantikan rejim korup dengan sebuah negara yang lebih adil dan bersih.

Justeru, isu ‘perletakkan jawatan’ ini tidaklah seharusnya menjadi peristiwa besar mahupun menjadi medan mengenang ‘jasa’ Umno BN, tetapi tindakan lanjut perundangan untuk menghukum semua pesalah penyelewengan ini adalah lebih dinanti-nantikan sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang beria-ia ingin melaksanakan transformasi, iaitu istilah bagi sesuatu yang cuma bersalin kulit diluar, isi dalamnya tetap sama.

Generasi Penggerak Zaman


SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kenyataan Akhbar Jingga 13 Demo bantah kapal Israel

| comments



Jingga13 mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung himpunan aman yang akan diadakan di WestPort, Pelabuhan Klang pada jam 5.00 petang esok.

 Himpunan aman itu adalah berikutan pendedahan berlakunya urusniaga antara antara Malaysia dan Israel seperti yang telah didedahkan sebelum ini. 

Himpunan aman esok adalah untuk membantah  kemasukkan kapal Zim Europa ke pelabuhan negara ini , kenyataan dari Jingga13 adalah seperti dibawah.

Rentetan daripada pendedahan eksklusif dari Jingga 13 tentang perdagangan langsung antara Malaysia dan Israel, satu bantahan aman akan diadakan bagi menunjukkan protes dan kepekaan rakyat terhadap salah laku kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara haram Israel.

Solidariti ini juga secara langsung bagi jutaan rakyat Palestin yang dinafikan hak untuk hidup bebas, dan kezaliman Israel yang membunuh mereka saban hari termasuk anak-anak kecil.

Jingga 13 dengan solidariti daripada Angkatan Muda Keadilan Nasional, Kesatuan Sekerja North Port dan juga AnwarIbrahimClub, akan membuat bantahan aman di WestPort, Pelabuhan Klang pada kjam 5.00 petang berikutan kemasukkan kapal Zim Europa ke pelabuhan itu pada 22 Februari 2012.

Oleh yang demikian, Jingga 13 juga menyeru dan mengajak untuk turut serta mana-mana individu, kesatuan sekerja, NGO dan parti politik untuk turut serta dalam bantahan ini.

Jingga 13 juga MENJEMPUT, Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) untuk turut serta bersama-sama bagi menunjukkan rasa kesal dan kecewa dengan kegagalan kerajaan Malaysia dalam berlaku jujur kepada rakyat jika benar selama ini mereka giat membela nasib Melayu dan Islam. Maka inilah ruang yang paling baik untuk membuktikannya.

Perdagangan dengan Negara Haram Israel adalah ibarat memberi peluru yang setiap satunya digunakan bagi membunuh dan meragut nyawa rakyat Palestin. Dan bagaimanakah tergamaknya kerajaan Malaysia menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan rakyat selama ini.

Harapan Jingga 13 adalah agar bantahan aman ini mendapat sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat, tidak mengenal ras, kaum dan agama. Isu Gaza Palestin ini adalah isu kemanusiaan, dan tidak ada kaitan langsung dengan agama. Janganlah membiarkan Malaysia tercinta ini sebagai penyumbang dalam usaha sekian lama membunuh dan meragut nyawa orang Palestin.

Sekian











Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa
Ketua Koordinator
JINGGA 13
Malaysia


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Serangan Samseng Kepada Anwar - PKR Johor Keluar Kenyataan Media

| comments


Sebelum ini telah "tukanglawan" kongsikan kepada semua berkenaan peristiwa dimana kenderaan yang membawa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim telah dikerumuni oleh penyokong-penyokong umno di Johor. (baca sini)
Dalam kejadian itu kenderaan itu telah dirosakkan, lebih malang ialah bila umno menuduh ia sengaja dilakukan untuk menarik perhatian masyarakat. jika dilihat kepada beberapa kejadian terdahulu, jelas ada usaha "sabotaj" yang dilakukan untuk menghalang kemaraan Anwar Ibrahim (baca sini). malahan ada saksi di tempat kejadian yang mengesahkan sendiri kejadian ini dilakukan penyokong umno.

Berikutan insiden "samseng" upahan diarah untuk melakukan serangan terus dilakukan terhadap kenderaan yang membawa Anwar di Johor baru - baru ini, Ketua Penerangan parti Keadilan Negeri Johor telah mengeluarkan kenyataan yang juga disebarkan melaluai laman facebook.


Kenyataan media tersebut adalah seperti mana dibawah.


KEADILAN NEGERI JOHOR memandang berat dan mengutuk kejadian ganas yang berlaku dalam Program Penerangan Negeri anjuran Cabang Semberong malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

Lebih 4,000 orang telah membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong (di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang) untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin Parti peringkat Negeri dan Pusat – Anwar Ibrahim, Syed Hamid Ali, YB Manikavasagam (Parlimen Kapar), YB Ng Lam Wah (ADUN Mengkibul) dan Hassan Karim (Naib Pengerusi Keadilan Johor).

Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara.

Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren. Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai.

Ketika rombongan Dato Seri Anwar Ibrahim sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30, suasana menjadi semakin ribut. Beliau dan rombongannya diserebu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.

Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibalingi kayu; bendera Keadilan dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek.

Dari peristiwa tersebut, kami menuntut supaya:

• pihak polis merasa bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional;
• Hishammudin Tun Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan Ahli Parlimen di situ merasa bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.


Satu Pihak yang merasakan mereka semakin terancam sekarang bermain politik kotor lagi hina, jika tidak dibendung, budaya politik kotor itu akan merosakkan negara ini, anak-anak muda diajak melakukan kekecohan dan keganasan, masih ingat lagi insiden ibu pejabat PKR di serang oleh kumpulan yang menggelar diri mereka Patriot?,

Apakah tindakan yang diambil kepada mereka walaupun laporan telah dibuat?. nampaknya "tangan-tangan ghaib" cuba bermain silapmata, penguasa sekarang dijadikan "setanbisu" untuk menyembunyikan kesalahan mereka.

Fikir-fikirkan lah, apa yang harus anda lakukan.

Baca lagi
1-Lagi Kes Samseng, Kereta Anwar Kene Pecah
2- Video Ceramah Anwar DI Johor Diganggu Gengster


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Anwar Jawab Isu Israel yang di"spin" umno

| comments


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan beliau yang disiarkan Asian Wall Street journal secara jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.
 Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar menegaskan pendirian itu selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Makanya, katanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.

Menurutnya, beliau juga menghargai pandangan dari Pas, seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Anwar berkata, beliau juga memahami pendirian Pas mengenai isu itu namun menegaskan KEADILAN turut berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Berikut kenyataan penuh Anwar:

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.

Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa:
This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:
The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.

Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri palestin:
If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu KEADILAN berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke015 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dankeselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.
(Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

Oleh kerana UmnoApco terlalu sibuk menipu rakyat dengan memutarbelitkan kenyataan Anwar, nantikan pendedahan hangat yang akan disiarkan disemua blog-blog tidak lama lagi.. kita lihat siapa sebenarnya yang beri peluru pada Tentera Israel untuk membunuh penduduk Palestin.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit