PANAS !!! TV3 Beri Gambaran Salah, Timbulkan Kemarahan Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi.

| comments (1)


Isu AES menjadai topik hangat lebih-lebih lagi bila beberapa negeri menolak sistem saman automatik itu, selepas itu berbagai usaha "menghalalkan" sistem kikis wang saku rakyat itu dibuat.


Maka TV3 sebagai media rasmi umno kali ini melalui rancangan majalah3 telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menanam dalam fikiran rakyat bahawa AES milik syarikat anak seorang pemimpin umno itu di"halalkan".

Dicananglah kononnya pemandu dan penunggang motosikal diatas jalanraya ini kebanyakkannya memandu laju dan merbahayakan orang ramai, sehingga golongan ini diberi gelaran "pelesit" jalanan.


Sila lihat dulu video dibawah.



Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.

Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan, tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu, dan merupakan satu lakonan?

Ini satu pendedahan panas, isu yang dipaparkan TV3 ini membuatkan ramai biker jadi marah. kenapa?

Bikers-biker ini berpendapat TV3 melalui pengacara sensasi yang kelihatan dari dulu sangat anti kepada motosikal cuba memberi gambaran salah ..  biker-biker ini berkata mazidul cuba dengan sengaja menjatuhkan imej penunggang motosikal.

Mengapa?.

Sebenarnya aksi 2 biji motosikal yang dipandu itu bukan diambil secara spontan, sebenarnya ianya cuma satu lakonan,  2 orang penunggang motosikal laju dan agak "pelesit" itu adalah penunggang upahan. gambar bawah adalah buktinya.




Adakah anda perasan apa yang dipaparkan diatas?, 2 biji motosikal kuasa tinggi dan sebuah helikopter, mazidul dan jurukamera naik helikopter untuk rakamkan aksi merbahaya yang akan dilakukan oleh 2 penunggang upahan ini.



Ini bermaksud Tv3 telah merancang terlebih dahulu aksi yang akan dipaparkan, aksi yang dirakamkan bukan spontan, tetapi menggunakan penunggang upahan. 

Sepatutnya menurut ramai biker aksi ini harus dilabelkan sebagai "lakonan" supaya tidak timbul salah faham dan tanggapan negatif masyarakat kepada mereka.


Nah, sekarang terbuktilah TV3 mereka cipta cerita sehingga mengelirukan, aksi yang dilakonkan dirancang dan ditayangkan seolah-olah aksi yang dirakam secara spontan. mengapa jadi begitu.



Sekarang sedang panas isu AES, mungkin dengan cara ini, walaupun aksi tersebut satu lakonan, rakyat boleh tertipu dan berfikir wajar AES dipasang kerana menyangkakan aksi yang dipaparkan itu bukan satu lakonan yang sengaja dirancang.

TV3 mengelirukan rakyat, apakah kita masih mahu bulat-bulat percaya apa yang dipaparkan?.










Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
21 Disember 2012 pada 11:08 PTG

Salam, JPJ, PLUS, MIROS, LLM, JKR, PDRM sepatutnya buat intipan hujung minggu di beberapa L/Raya spt PLUS, NKVE, Karak Hiway dan videokan aksi-aksi penunggang motosikal besar ini sebagai bahan bukti bukan dengan membuat cerita rekaan (fabrication) untuk mencapai jalan mudah mengatasi masalah, itu menipu namanya dan tidak boleh diterima (inadmissible) di mahkamah!!!!!! Ayam terlepas tangan bau tahi

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit