Amaran Buat Syarikat Telco Dan Kerajaan, Tolong Jangan Spam Kami.

| comments (1)

Kadang-kadang seringkali kita mendapat SMS yang entah apa-apa dari syarikat telco, tak kiralah maxis atau celcom atau digi atau apu pun, SMS yang tidak diingini ini cuma mengganggu.

Malah lebih teruk dari itu kerajaan sendiri didakwa telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Itu yang didedahkan oleh anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching mendakwa tindakan syarikat telekomunikasi menghantar lima juta pesanan 'spam' sambutan hari merdeka melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan satu bentuk salah guna kuasa oleh kerajaan.

"Maklumat peribadi diberikan atas keyakinan kepada syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatannya, dan tidak harus diguna untuk tujuan lain tanpa persetujuan pemiliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

NONETeo merujuk kepada jawapan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di parlimen bahawa kerajaan menghantar 5,782,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung sambutan hari Merdeka melalui perkhidmatan Celcom, Maxis, DiGi and U-mobile.

Parlimen juga dimaklumkan bahawa ia melibatkan kos sebanyak RM332,599.
 

Jadi amaran untuk syarikat telco dan kerajaan, anda tidak boleh sewenang-wenangnya Spam kami dengan menghantar SMS yang kami tidak ingini, berhentilah sebelum ada yang ambil tindakan kelak.
 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 1 comments

22 Oktober 2012 pada 7:44 PTG

memang haram jadah punya syarikat telco,benar mereka sms macam-macam sampah pada pelangan,lagi teruk ada penguna dari luar(terutama indon) menipu dengan berbagai skim untuk menipu pelangan tapi bila dilaporkan mengapa syarikat telco tidak ambil tindakan ,mereka kata kena jaga pelangan & takut diambil tindakan ! sikit punya haram jadah telco-telco ! boleh hantar & kelentong penguna konon dia menangi hadiah tapi kena masukkan deposit kedalam bank baru boleh dapat hadiah ! tapi syarikat takut ambil tindakan keatas nombor fon itu kerana takut hilang atau sipenipu mahu ambil tindakan mahkamah! apa puna baghal telco malaysia,pertahan penipu tapi pelangan yang nak kena tipu tak dijaga ! ABU janga lupa !

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit