BN Selangor Tiada Calon MB Pilihan

| comments

PKR hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bakal Menteri Besar daripada Umno-BN sekiranya ia serius dalam menawan kembali Selangor. 

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Zuraida Kamaruddin berkata tanpa nama calon Menteri Besar dari Umno-BN, sudah pasti “resipi” yang diwar-warkan oleh Muhyiddin untuk menawan Selangor akan menjadi “resipi basi”. 

Apa yang pasti, Menteri ‘udang’, Datuk Seri Noh Omar terkeluar daripada senarai calon Menteri Besar bersama Datuk Seri Mohammad Zin kerana kedua-duanya tidak disenangi dikalangan rakyat. 

“Sehingga hari ini, ternyata, tiada calon dari Umno-BN yang layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya dalam sidang media di Pejabat Keadilan Selangor di Pusat Perdagangan Dana 1 di sini. 

Minggu lepas, Muhyiddin berkata Pakatan gagal menyelesaikan tiga isu – kutipan royalti pasir, perkhidmatan bekalan air, kutipan hutang syarikiat Talam – dan ia akan dijadikan “ramuan” untuk Umno-BN menawan kembali Selangor. 

Kata Zuraida, sekiranya Umno-BN sudah mempunyai ramuan itu mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani mengumukan tarikh pilihanraya umum ke 13. 

Mengulas lanjut perkara itu, Zuraida berkata Umno-BN akan menggali kubur sendiri sekirannya ia menggunakan resipi tersebut. 

Hal ini kerana rakyat tidak akan sesekali lupa apa yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini,” katanya. 

Jelasnya, ‘resepi kitar semula’ berkaitan isu air, hutang talam dan pasir itu berpunca daripada kegagalan Khir Toyo yang ditinggalkan Umno-BN kepada Pakatan.

Sebaliknya, Pakatan berjaya menyelesaikan ketiga-tiga isu itu dan ia merupakan kejayaan PR. 

Malah, katanya, strategi Pakatan yang mengangkat martabat rakyat dengan meletakkan Selangor sebagai negeri berkebajikan adalah resepi terbaik bagi ‘menghidangkan’ kekalahan kepada Umno-BN. 

 “Kami mengingatkan Muhyiddin supaya hentikan sandiwara politik yang busuk ini, beliau kini sudah tidak diterima rakyat,” katanya.

 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit