Parti Maju
Sabah (SAPP) berkata jumlah pengangguran dikalangan belia yang semakin
meningkat berpunca daripada kegagalan dasar ekonomi Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda SAPP Edward
Dagul berkata, puluhan ribu belia Sabah yang berhijrah ke Singapura dan
Semenanjung untuk mencari pekerjaan adalah kerana kekurangan pekerjaan di
Negeri ini walaupun BN telah melancarkan Koridor Sabah.
“Mana sudah Koridor
Pembangunan Sabah yang kononnya menyediakan banyak pekerjaan kepada rakyat
Sabah? siapa yang isi kekosongan ini?
“Mana sudah janji di tepati
BN? Hari ini terlalu ramai belia Sabah menganggur termasuk para graduan lepasan
universiti,” katanya.
Beliau berkata, pengangguran
di Sabah yang meningkat berpunca daripada kegagalan BN menyediakan pekerjaan
yang sesuai kepada para belia.
Katanya, semua angka yang
disiarkan dalam akhbar tentang kejayaan menampung pekerjaan di Koridor Pembangunan
Sabah tidak selari dengan apa yang benar-benar berlaku di industri berkenaan.
Edward berkata, Koridor
Pembangunan Sabah tidak menjaga kepentingan rakyat Sabah tetapi hanya menjaga
kepentingan segelintir pihak tertentu sahaja.
Menurut Edward, belia Sabah
terpaksa berhijrah kerana peluang pekerjaan ditempat sendiri terlalu sedikit.
“Dasar ekonomi Sabah BN
gagal mengatasi masalah pengangguran belia di Sabah,” katanya.
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.