Blogger Amizudin Mamat pengendali laman blog sharpshooter yang diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah, hari ini berjaya mendapatkan penggantungan sementara sehingga 28 Ogos ini.
Beliau memfailkan permohonan penggantungan pada hari yang sama dijatuhi hukuman iaitu pada 10 Ogos lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan permohonan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam R. Sivarasa dan Latheefa Koya yang mewakili Amizudin serta peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bagi pihak Rais.
Latheefa memberitahu pemberita bahawa pihaknya memohon penggantungan sementara memandangkan hari raya semakin hampir dan Hakim Zabariah membenarkan permohonan itu sehingga pendengaran penuh pada 28 Ogos.
Marilah kita doakan supaya berkat bulan syawal ini akan membawa berita baik buat beliau dan keluarga.. amin
Marilah kita doakan supaya berkat bulan syawal ini akan membawa berita baik buat beliau dan keluarga.. amin
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.