KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Ok, balik dari himpunan bersih, malam tadi "tukanglawan" terdengar cakap-cakap orang umno yang tegar, kononnya "tukanglawan" tak tahu la dia umno, biasa la, puak umno ni talam 2 muka cikit, dalam keadaan terdesak puak umno ni boleh jadi cicak mengkarung ke apa nama cicak yang boleh tukar-tukar kaler tu.
Tapi kita tak lah bodoh kan, camna dia dah cop muka "tukanglawan" ni sebagai penyokong pakatan, macam tu jugak 'tukanglawan" memang dah cop dia tu penyokong tegar umno kipas susah mati punye.sebab umno dia punya la kuat, pernah dulu masa PRU lepas dia menggunakan taktik dan kelicikan sama memperdaya ramai orang.
Dia dok berborak di meja sebelah, lantak la, tak kisah dan tak peduli pon, cuma bila ayat " ehh teruk betul la bersih ni, terbalikkan kereta polis, tengok tak berita" telinga "tukanglawan dah gerak - gerak dah,
takpe la, tak kisah pun sebab tu ideologi politik tu hak masing-masing. "tukanglawan" tak pernah peduli atau kisah, itu hak , tapi ramai jugak yang pertikai ideologi "tukanglawan" itu kelakar sebab bila tengok balik diorang. kadang-kadang bukan melayu yang dok cerita pasal melayu, yang dok pertahan umno ni, pasal negara, pasal rakyat naik harga gula tak pernah tahu pun.
Kemudian sebab dia dah putar belit cerita pada budak - budak kampung yang tak tau apa -apa pasal politik, yang siapa nama ketua menteri pulau pinang , lalu "tukanglawan" pon sangkal apa yg dia kata, cuma satu soalan yang "tukanglawan" ajukan,
"ni dok sibuk cerita pergi ke?, dengar satu pihak je , adil ke? " dia agak terkedu, lalu jawab..
"Tu dalam TV tu tunjuk diorang terbalik kereta polis" la.... tengok dalam berita je ke?.. ingatkan pergi sekali, so camne orang yang tak pergi nak komen-komen ni.
Kita semua dah tahu kan macam mana TV umno ni menipu, pernah ke TV umno ni beri berita yang bebas, yang adil,
Kalau TV umno ni siaran berita tak abis-abis hina pembangkang, Anwar paling banyak kene hentam, tapi najib selamanya baik - baik saja. so kalau berita dari TV umno berat sebelah boleh guna ke?.
Diorang sekarang dok cerita konon la penyokong pembangkang ni kejam, betul ke kejam dan selalu bikin kerosakan?, Awas sebab banyak bukti orang tak dikenali telah masuk dan timbulkan huru hara. apakah mungkin ada pihak ke 3 diarah untuk masuk cetus huru hara dan bikin cerita panas konon penyokong bersih ni ganas?
Sepanjang pengalaman "tukanglawan" dalam keadaan begini memang ada yang panas ati dan mengelegak jiwa tgk gelagat polis, tapi kalau 5 orang panas hati dan nak tumbuk muka polis, 50 orang lain akan datang halang dan tenangkan.
Dok TV je cerita pasal keganasan ( kononnya ) penyokong bersih nei, kenapa TV umno tak siar sekali keganasan polis? takut orang atasan atau memang budaya kerja TV umno begitu, Agak-agak kalau dah tahu salah siar berita berat sebelah, kenapa mahu bersekongkol?
Sebab percaya periuk nasi ditentukan pemerintah, padahal periuk nasi (rezeki ) kita telah diatur oleh ALLAH saat kita dalam kendungan lagi.
Jom tengok Video bawah nei, TV umno tak berani tayang,
Satu persoalan korang kene jawab, kenapa TV umno tak mahu siar video diatas ini?
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.