(GAMBAR !!!) Hisham Keris Pantau Perhimpunan, Apakah Dia Memberi Arahan Provo Dijalankan?

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Semua kita sudah tahu bahawa ada kumpulan-kumpulan yang masuk ke dalam peserta himpunan untuk jadi "pencetus" kepada tindakan luar kawalan.
Sebenarnya memang sebelum himpunan BERSIH 3.0 diadakan, sudah dengar bisik-bisik, akan ada kumpulan yang menyelinap masuk ke dalam himpunan yang akan diadakan, ke telinga "tukanglawan" sendiri ada yang memberitahu, baju kuning bersih sudah diagih-agihkan kepada si pengacau.

Kita perlu ingat, dalam keadaan sekarang, KERAjaan akan cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan himpunan ini, golongan atas pagar perlu mereka curi, ini adalah untuk membolehkan mereka terus merompak lagi wang rakyat bagi 5 tahun akan datang.

kita imbas kembali sewaktu mahasiswa berkhemah di dataran, kumpulan mana yang datang membuat kacau dan memukul serta merobohkan kemah mahasiswa?, lebih lama dari itu kumpulan mana yang datang dan menyerang ceramah-ceramah pakatan?, sila jawab..

Apakah ada penyokong pakatan datang dan buat kacau pada ceramah Umno apco sekutu israel?, jadi dari segi sejarah dan fakta, puak-puak umno apco penyokong zionis la yang ganas dan jahat. ganggu majlis orang itu seolah-olah kebanggaan.

Dan kita tahu semua itu atas arahan dan diberi upah ,
Jadi, melihat kepada sejarah yang lepas, dan beberapa perkara pelik yang berlaku di himpunan BERSIH, memang sangat sukar dinafikan, adanya kerja kotor untuk menjadikan himpunan ini kucar kacir.

Kemarahan rakyat atas perbuatan polis pada rakyat dalam himpunan BERSIH 2.0 masih belum padam, dan kali ini rakyat sememangnya sudah bersedia untuk hadapai apa pun, namun kesabaran mereka masih dapat dikawal, sehinggalah ada arahan "provokasi" dilakukan.

Mereka-mereka ini yang menyamar sebagai penyokong, muka membuat beberapa cetusan, peserta yang kurang sabar pula terpengaruh dengan provokasi tersebut, jika dilihat kembali , cetusan pertama ialah bina Anwar ibrahim meminta peserta berpatah balik ke jalan TAR, ( maksudnya bersurai ke jalan tar ) namun ketika itulah tiba-tiba ada serangan gas pemedih mata dilepaskan,

Melihat dari sisi lain, ada rakaman dan gambar menunjukkan ada orang yang disyaki sebagai SB membuka pagar tersebut, ini pencetus, sepatutnya kumpulan itu berpatah balik ke jalan tar, namun bila pagar dibuka sudah tentu penyokong yang tidak sabar melepasi pagar tersebut,

Jika benar mereka ganas, sudah pasti sudah lama polis dihambat keluar dari dataran, dan sudah pasti trak polis yang lalu dicelahan penyokong Bersih diterbalikkan, namun ia tidak berlaku. kenapa?

Kerana Penyokong bersih tidak bertindak ganas atau keterlaluan dalam keadaan biasa. kecuali dalam kecemasan atau diganggu polis.

Persoalannya siapa perancang ini semua?, kita mahu tahu apa yang menteri keris buat pada hari perhimpunan tersebut, sebagai ketua kepada ketua polis negara, dia perlu menjawab, kerana semua polis yang terlibat mendapat arahan dari orang bawahan menteri keris.

Hisamuddin buat apa pada hari himpunan, lihat saja atau beri arahan?, sila jawab






Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit