Ratusan Rakyat Sabah Turun Berdemo

| comments

Sudah jelas gelombang kebangkitan rakyat telah sampai ke negeri Sabah. Ini kerana ratusan rakyat Sabah telah berani untuk turun berdemo untuk membantah pencerobohan tanah adat oleh Kerajaan BN Sabah selain membantah pelbagai masalah yang dilakukan oleh kerajaan BN di Kota Kinabalu.

Demonstrasi 123 bangkit ini telah  disertai oleh beberapa NGO termasuk mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam tempatan. Demonstrasi ini telah dianjurkan sebuah NGO, Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) diadakan di padang dekat Anjung Selera, Likas sebelum berarak ke Wisma Innoprise yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perhimpunan ini bermula pada pukul 7 pagi tadi dengan berarak terus ke bangunan berkenaan . Pada pukul 9, peserta bercadang untuk  menghantar memorandum yang menuntut agar tanah adat diberi kepada rakyat dan pemilik asalnnya.

Menurut Bendahari TABAH Mohd Firdaus Mohd Noor, mereka berasa kesal kerana tiada wakil himpunan dibenarkan untuk memsuki wisma berkenaan untuk menghantar memorandum tersebut sebakinya mereka hanya dibenarkan untuk berhimpun di sebatang pokok berdekatan bangunan tersebut.

"Asalnya kita mahu menyerahkan memorandum kepada ketua menteri. Kita sudah serahkan surat (sebelum ini) supaya beliau menerimanya. Malangnya ketua menteri tidak turun, hanya wakilnya sahaja. Jadi pihak TABAH telah mengambil tindakan untuk membatalkan penghantaran memorandum kerana Ketua Menteri hanya menghantar wakil. Jelas beliau lagi, TABAH akan menentukan semula tarikh untuk perhimpunan yang lebih besar pada masa akan datang.

Menurut Setiausaha TABAH, Lahirul Latigu masalah yang dihadapi oleh mereka seperti tiada penghujungnya selepas 977 aduan yang dilakukan oleh rakyat dan masih banyak lagi kes berkenaan yang kini masih dalam perbicaraan.
 
Saya percaya masalah ini akan menjadi pencetus kepada kejatuhan Kerajaan BN Sabah. Rakyat kian mula sedar berkenaan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan Negeri. Lenyapkan penguasaan BN di Sabah....

INI HARUS JELAS

Kolumnis : Mulut Kecoh
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit