Bilik Gerakan N32 DUN Linggi Dilancarkan

| comments

Semalam pada Ahad, pakatan rakyat memperkukuhkan lagi gerak kerjanya untuk merampas negeri sembilan dari gengaman Umnoapco, hari ini bilik gerakan N32 Dun Linggi dilancarkan, diharap gerak kerja akan dapat diperkemaskan lagi, penerangan kepada rakyat tentang salahlaku dan sikap buruk umno dapat didedahkan.

Matlamatnya supaya rakyat tidak terus diperbodohkan rejim umno apco lagi, supaya negara ini akan lebih baik tanpa umno.

Dalam majlis tersebut, beberapa pemimpin setempat menyampaikan ucapan mereka, antara yang memberikan ucapan menarik ialah dari timbalan Presiden Persatuan orang asal Malaysia, dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa orang asal perlu melakukan perubahan dalam PRU13 nanti, menurutnya orang asal bukan lagi "fix deposit" milik umnoapco barisan nasional.

Pekan Linggi adalah sebuah pekan kecil yang dipinggir dari pembangunan oleh rejim Umnoapco barisan nasional, walaupun ianya terletak hanya di pinggir bandar yang pesat membangun seperti Seremban dan Port Dickson.

Apa yang dinikmati oleh penduduk pekan Linggi  hanyalah banjir yang berlaku walaupun dalam keadaan panas terik, terletak dikawasan tanah rendah, pekan Linggi selalu digenangi air banjir dari kawasan lain. itulah nikmat yang diberikan oleh umnoapco barisan nasional buat rakyat Linggi. sedangkan rakyat kawasan pesekitaran mendapat nikmat pembangunan.

Seramai 70 orang menghadiri majlis serba ringkas dan tidak membazir seperti yang sering dilakukan oleh rejim umnoapco dalam apa jua program mereka. mereka juga didedahkan dengan pendedahan berserta bukti skandal NFC dan isu perdagangan antara Malaysia dan Israel oleh Jingga 13.

Semoga bilik gerakan  N32 DUN Linggi ini dapat memberikan khidmat kepada masyarakat setempat lantas memperkukuhkan genggaman pakatan rakyat di negeri sembilan.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit