Isu Suhaimi ada kaitan dengan NFC?

| comments


Apakah isu yang ditimbulkan oleh RPK (Raja Petra Kamaruddin) dalam satu blog terkenal yang mengungkit isu Adun Seri Muda Shuhaimi Shafiei dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shari, terbabit dengan tuduhan mencuri pasir di Selangor ada kaitan dengan keputusan yang akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian panel SPRM pada 23 Febuari ini?.

Persoalan itu timbul bila petang tadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumunkan akan membincangkan tiga kes berprofil tinggi, antaranya isu NFC yang menjadi perhatian ramai dan isu tuduhan mencuri pasir yang sudah selesai siasatan 2 tahun lalu. yang mana menurut Yb Amiruddin Shari tuduhan tersebut diakui sendiri tidak benar oleh pegawai penyiasat SPRM.

Kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM. dan telah dipanggil SPRM untuk disiasat (pada 2010), dan dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan sebarang salahguna kuasa,” tegas ahli Parlimen Batu Caves itu.

Mengapa tiba-tiba isu pasir diselitkan ketika isu NFC sedang hangat diperkatakan, Suhaimi yakin isu yang ditimbulkan oleh RPK beberapa hari lepas ada kaitan dengan UmnoApco Barisan Nasional?

Saya yakin beliau (RPK) kini bersekongkol dengan anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan isu skandal NFC yan semakin memuncak. Harapan mereka dengan menimbulkan isu sebegini, menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat" katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya pada 20 januari lepas.

Menurut Suhaimi lagi, “Ini bukan kali pertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja petra mengambil beberapa insiden dan diputarbelitkan untuk memfinah Pakatan Rakyat di Selangor,

Blogger berkenaan menurut Suhaimi menyiarkan semula dokumen berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang tidak dapat dipastikan dari mana sumbernya, dan yang buat "tukanglawan" pelik ialah mengapa tiba-tiba isu ini mahu di bawa ke mesyuarat jawatankuasa penilaian panel SPRM, mungkinkah ada apa-apa agenda tersembunyi?

Terdahulu,Suhaimi telah mencabar  Barisan Nasional dan Raja Petra supaya membuktikan dakwaan tersebut, sekiranya Suhaimi dan Amirudin ada melakukan sebarang salahguna kuasa seperti yang dikatakan, 

(Ia) termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskan bagi kepentingan peribadi kami. Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap pembayaran yang dilakukan jika benar berlaku salahguna kuasa,”katanya.

Ya Betul, jika berani menuduh, tunjukkan lah buktinya, dalam kes NFC, telah dibuktikan terdapat pembelian 2 unit kondominium mewah One menerung, 1 unit kondominium mewah  Orchad Scoot, Singapura dan terbaru 2 unit lagi kondominium mewah di Marina Bay Suites, Central Boulevard, Singapura.

Tapi dalam kes Suhaimi, mereka hanya menuduh, tapi tidak mahu beri bukti. mungkin kes ini dipanggil semua bersama-sama kes NFC adalah untuk mengelirukan rakyat. jika tidak diterangkan nanti kata rakyat pemimpin mana pun sama, itu tidak benar kerana pemimpin Umno buat harta, tapi pemimpin Pakatan masih ramai yang papa kedana, mereka rata-rata bergaya saja.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit